Perdana Menteri Malaysia Pertama yang membuka
Sri Perdana Kepada Rakyat Setiap Minggu.
Anwar Ibrahim akan jadikan kediaman rasmi
Perdana Menteri di Seri Perdana sebagai tempat berlangsung majlis agama dengan
program-program agama dan ilmu pada setiap minggu.
Acara itu adalah tradisi yang diamalkan
olehnya selama ini sejak di zaman Abim, bahkan ketika pengkhianat membuat
pertemuan di Sheraton, pada pagi itu beliau bersama-sama rakan-rakan usrah,
meneruskan usrah dan pengajian ilmu.
Selain itu kediam rasmi itu juga akan dibukan
untuk program temu mersra dengan pimpinan Ngo dan sebagainya.
Dalam kata lain Seri Perdana dibuka untuk
rakyat sebagai tempat menimba ilmu dan menjalinkan hubungan ukhawah sesama
rakyat Malaysia.
Beliau mengumumkan demikian ketika berucap
pada majlis Mahabah Perdana Menteri dengan Ulama dan Asatizah yang berlangsung
petang in
Anwar Ibrahim turut mengatakan bahawa:
1. Kuasa itu bukan utk menjadikan seseorang
utk jadi angkuh, menjadi kaya,
2. Tiada jaminan untuk sesiapa melepaskan
diri dari dakwaan.
3. Mahu buktikan bahawa ada anak melayu yg
membela Melayu, Islam dan lain2 bangsa dan agama.
4. Kasih sayang adalah kunci dan kekuatan
Islam, bukan kebencian atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang mengaku
kononnya mereka perjuangkan Islam.
5. Beliau mahu pendidikan cara lama seperti
Pondok dan Tahfiz diperbaiki kerana institusi itu berperanan dalam memajukan
negara.
6. Senang untuk meroboh, sukar untuk dibina.
7. Perjalanan masih jauh
...
Saya juga berharap, Anwar Ibrahim dapat
menjadi PM yang menjadi orang tengah antara kekhilafan kefahaman antara
sektoral fikrah dan manhaj di Malaysia ini, agar keduanya saling aman damai,
demi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Ini kerana beliau sendiri berguru dari
pelbagai lapangan fikrah keilmuan, dan beliau sendiri dilihat sebagai muslim
moderate yang wasatiy, seperti guru-guru utama saya dalam liqa' liqa' ilmu.
Zulhafidz Yahya