DERMA ARAB

 





DERMA ARAB

1. Semalam kita dengar, DSNR bersumpah laknat. Akhbar lapor yang dia bersumpah untuk katakan, dia tak tahu RM42juta yang masuk dalam akaun dia ialah wang dari SRC.

2. Kalau kita dengar elok2 sumpah tersebut, dia tak sebut “SRC” tetapi “C..SRC”. Saya dah highlight semalam. Tuan/ Puan dengar dan check sendiri. Saya bagi link ini. Check minit 3.45 hingga 3.55. Ramai juga yang dengar yang sama. Dia sebut “CSRC” bukan “SRC”.

https://youtu.be/ZI1MELwIk8Y

3. Kalau bawah undang2 kita, akuan bersumpah yang silap nama, silap nombor IC dan salah maklumat, semua kena reject. Tak boleh diterima pakai. Mungkin ustaz/ ustazah yang ada boleh confirmkan. Bawah sumpah Islam pula bagaimana. Saya percaya sama sahaja.

4. One thing about sumpah NR ni, pada saya membuka “a can of worms” terhadap pembelaan dia. Ada percanggahan yang amat ketara. Dalam sumpah dia sebut dia tak tahu duit masuk akaun sendiri adalah dana SRC, dah jalan kes baru dia tahu. Tapi pada masa yang sama, dia dan cytro dok canang duit tu adalah derma dari Raja Arab.

5. So which is which now? Kalau dah tahu sekarang duit tu duit daripada SRC, adakah alasan derma Raja Arab tu hanya sandiwara?

6. Saya tengokkan banyak penyokong tegar dia dok sebar propaganda derma Raja Arab ni. Tak tahu la mereka sedar tak sedar, sumpah DSNR ni sendiri telah menidakkan perkara itu.

7. Propaganda dibuat kepada kita, derma raja Arab ni benar sebab ada saksi daripada SPRM cakap benda yang sama. Ini saya kena betulkan, biar terang dari segi perundangan. Supaya tak terus dispin2 kemudian.

8. Tanya la mana2 lulusan undang2. Kalau nak kupas mengenai undang2 jenayah tak boleh lari daripada kupas undang2 pembuktian (Evidence Law). Kerana ia bergerak in tandem atau seiring. Undang2 jenayah itu adalah aspek substance (peluru) ia takkan efektif tanpa guna aspek teknikal dalam undang2 pembuktian (yang jadi seperti pistol kepada peluru tadi).

9. Dalam setiap kes ada bukti dan saksi. Bukan semua saksi boleh dipercayai cakapnya. Bukan semua bukti boleh diterima sebagai benar. Tugas Hakim ialah untuk tentukan boleh percaya atau tidak suatu saksi atau bukti yang dibawa masuk ke Mahkamah. Ini semua bergantung kepada prinsip undang2 Pembuktian.

10. Prinsip asas untuk suatu bukti/ saksi dipercayai ada dua. (1) ia kena hubung kait dengan kes (relevan) (2) ia perlu kredibel atau tidak disangsi kesahihannya.

11. Walapun ada saksi SPRM dan bekas Peguam Negara dalam kes SRC, yang berkata beliau percaya derma raja arab tersebut. Tetapi Mahkamah menolak keterangan saksi2 ini, kerana:

(1) Tiada langsung saksi dari Kerajaan Arab atau Keluarga Diraja yang dapat mengesahkan derma tersebut. Walaupun kononnya SPRM telah berjumpa seorang “Putera Raja”. Beliau sendiri tidak dapat buktikan wang derma itu diberikan kepada NR.

(2) Surat Raja Arab yang dikemukakan dalam mahkamah adalah tidak kredibel. Berbentuk fotostat semata2.

12. Mahkamah Rayuan hingga menyebut pembelaan derma Raja Arab dalam kes NR, melebihi Hikayat 1001 malam. Senang cakap, ia wayang saja lah.

https://www.hmetro.com.my/.../dakwaan-derma-arab-melebihi...

https://www.freemalaysiatoday.com/.../pembelaan-derma.../

13. Baru2 ini pun, TS Apandi Ali terkantoi mengenai derma Raja Arab ni. Dia sampai kalah dalam kes saman beliau dengan Lim Kit Siang. Antara penyebabnya, ialah kerana Mahkamah tidak boleh mempercayai keterangan dia mengenai derma Raja Arab dalam kes SRC. Mahkamah putuskan ianya wayang juga.

https://m.malaysiakini.com/news/629342

14. Makanya konklusinya, alasan Derma Raja Arab ni hanya propaganda semata2. Tak pernah diterima di Mahkamah sebagai pembelaan berkredibel. Hanya diputar2 oleh cytro Najib untuk kelirukan kita.

15. Tu sebab saya selalu katakan, jangan percaya sgt cytro Najib ini, tambah daripada profile/ page bunian. Kita tak tahu siapa yang menulis dan di belakang profile. Kadang saya tengok mereka lagi lawyer dari lawyer yang ada. Habis la diputar2 undang2 yang ada.

16. Spin mereka ni akhirnya menjerat diri sendiri. Semalam dalam sumpah laknat, Najib sendiri mengaku akhirnya ia duit SRC, yang mula datang dari wang pencen orang Kerajaan drpd KWAP. Bukannya dari Raja Arab seperti yang dispin2.

17. Yang heran dia tak tahu sumbernya, tapi boleh pulak dibelanja habis untuk parti dan anak bini.

18. Patutkah kita percaya lagi pemimpin sebegini?

https://www.astroawani.com/.../saya-belanja-berjuta-juta...

https://www.astroawani.com/.../kesimpulannya-jho-low-tipu...

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: