Tanggungjawab membantu mangsa
banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri
sahaja, sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan
alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan.
Ketua Pembangkang Parlimen
Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam lawatan beliau
melihat pembersihan pasca banjir di Ketari, Pahang, petang semalam.
"Saya datang ke Ketari
untuk memberi sedikit keringangan walaupun saya tahu wakil rakyat di sini telah
menjalankan tugas, saya bangga.
"Saya jumpa penduduk
mereka menyatakan terasa senang dengan kerjasama diperolehi dari wakil wakil di
sini. Cuma saya ingin menyatakan walaupun Pahang biasa dengan banjir tetapi
kita minta Kerajaan Negeri lebih ke depan membantu. Lebih segera meringankan
beban rakyat
"Ada juga kesan dari
pembalakan, jadi saya ingin memberitahu selain Kerajaan Negeri syarikat
syarikat balak yang meraih keuntungan besar wajib memberi sumbangan bantuan
lebih besar, sebab mereka juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selain
kudrat Allah yang terpaksa kita hadapai dengan sabar," katanya.
Mengenai kritikan yang
dilakukan netizen dan rakyat ke atas pasukan keselamatan yang menimbulkan
perdebatan kononnya mereka lembab menyelamatkan mangsa banjir, Ahli Parlimen
Port Dickson itu menegaskan, pasukan keselamatan tidak boleh dipersalahkan
kerana arahan yang lewat diberikan kepada mereka.
"Tiga hari lalu saya naik
trak tentera, saya bangga anak anak muda tentera tungkus lumus mengedar makanan
ke kawasan terpencil.
"Masalahnya kepimpinan
yang lembab. Tiga hari belum ada arahan jelas, seminggu baru nak suruh menteri
balik (bercuti) jalankan tugas. Sebab itu masalah sampai ke tahap ini,"
katanya.
Anwar menyerahkan bantuan banjir
berupa kain, toto dan dapur masak (stove)
Anwar turut mendesak kepimpinan
PM Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kerenah birokrasi dalam bantuan banjir
kali ini.
"Saya mendesak kepiminan
Ismail untuk mengambil segera langkah yang perlu meringankan beban rakyat.
"Jangan terlalu banyak
birokrasi. Mudahkan pengisian borang (bantuan banjir), jangan letak syuarat
borang (perlu pengesahan) Pusat Penempatan Sementara (PPS). Orang dah susah,
barang barang hanyut, masa ini minta kad pengenalan, pergi balai polis, pergi
PPS dan sebagainya," katanya lagi.