Aku tak berapa menelusuri newsfeed Facebook aku beberapa hari ini. Bukanlah aku sibuk tapi newsfeed aku yang sibuk. Tak sudah cerita lebai, cerita orang tua bercinta. Tambahan terbaru, si pelanggar tegar SOP gosok perut. Di mahkamah kot.
Cerita begini tiada faedah untuk masyarakat. Tapi inilah cerita
sensasi yang dikejar orang. Yang selalu komen meluat dengan cerita politik,
orang itulah yang tergila kejar cerita bodoh begini.
Pelik. Cerita politik yang babitkan masa depan dia, dibenci. Cerita
yang tak ada kena mengena dengan dia, itu pula yang dikelek. Seronok jadi ahli
politik Malaysia. Rompak banyak mana pun orang tak hirau. Janji boleh baca
cerita selebriti.
Tapi petang tadi aku terbaca berita PM kesayangan orang Melayu,
Ismail Sabri, buat renovasi kediaman rasmi PM yang khabarnya menelan belanja
hingga RM30 juta.
Aku tak terkejut pun dengan berita itu. Bodohlah kalau aku nak
terkejut. UMNO dapat kuasa, apa lagi yang akan dibuat selain dari habiskan
harta negara? Bila lagi nak buat, kan? Masa ada kuasa la. Takkan dah jadi
pembangkang baru nak buat. Kan?
Tapi aku terkejut bila baca alasan yang diberikan. Katanya untuk
menaikkan imej negara di mata VIP negara luar. What??? Bodohnya dia anggap
rakyat Malaysia semua sebodoh machai dan walaun. Boleh dia bagi alasan yang
sebegitu?
Orang tak pandang Malaysia dari kediaman rasmi PM. Tapi orang
pandang dari integriti kerajaan. Nak naikkan imej macamana kalau kerajaan
didirikan atas semangat khianat? Sudah begitu, pesalah rasuah pula ramai yang
bebas.
Itu belum kira dengan melantik orang yang tidak layak untuk
jawatan penting seperti menteri dan duta. Dan orang yang dah didapati bersalah
pun boleh selamba kekal jawatan MP. Boleh pulak berlagak macam tak ada salah
apa-apa.
Ini semua yang yang menjatuhkan imej negara. Bukan kediaman
rasmi. Dan kediaman rasmi itu pun bukanlah buruk mana. Elok lagi. Ini semua
alasan nak perhabiskan duit negara. Dari RM30 juta itu, entah berapa masuk
kocek kroni.
RM30 juta bukan sedikit tau. Berapa banyak rumah PPRT boleh dibina.
Di saat ramai rakyat yang hilang punca pendapatan sehingga ada yang dihalau
dari rumah sewa, sampai ada yang sekeluarga jadi gelandangan, boleh dia nak
cantikkan rumah yang dah sedia cantik?
Beginikah gaya pemimpin yang cakna rakyat? Nampak sangat cakap-cakap
konon nak bantu rakyat itu semua sekadar retorik, hanya omongan kosong untuk
menipu rakyat.
Lebih pedih, dalam kabinet ada ramai orang yang gelar diri
mereka ulama. Nak sangka baik macam mana dengan mereka kalau perkara begini
dibiar sahaja? Takkan dah jadi menteri boleh terus lupa hadits Nabi saw tentang
menjaga amanah?
Yang aku kesian penyokong kerajaan. Machai dan walaun. Rumah
sendiri senget nak runtuh, tak mampu nak betulkan tapi kediaman PM yang elok
pula direnovasi. Tapi dia punya bebal, tetap juga sokong bagai nak rak. Orang
tu mewah, dia parah.
Aku tak dapat buat apa-apa. Hanya berdoa semoga Allah berikan
balasan paling setimpal ke atas mereka. Itu sahaja.