DENGAN RM 30 JUTA BERAPA BANYAK RUMAH PPRT UNTUK RAKYAT DAPAT DIBINA

 

Aku tak berapa menelusuri newsfeed Facebook aku beberapa hari ini. Bukanlah aku sibuk tapi newsfeed aku yang sibuk. Tak sudah cerita lebai, cerita orang tua bercinta. Tambahan terbaru, si pelanggar tegar SOP gosok perut. Di mahkamah kot.

Cerita begini tiada faedah untuk masyarakat. Tapi inilah cerita sensasi yang dikejar orang. Yang selalu komen meluat dengan cerita politik, orang itulah yang tergila kejar cerita bodoh begini.

Pelik. Cerita politik yang babitkan masa depan dia, dibenci. Cerita yang tak ada kena mengena dengan dia, itu pula yang dikelek. Seronok jadi ahli politik Malaysia. Rompak banyak mana pun orang tak hirau. Janji boleh baca cerita selebriti.

Tapi petang tadi aku terbaca berita PM kesayangan orang Melayu, Ismail Sabri, buat renovasi kediaman rasmi PM yang khabarnya menelan belanja hingga RM30 juta.

Aku tak terkejut pun dengan berita itu. Bodohlah kalau aku nak terkejut. UMNO dapat kuasa, apa lagi yang akan dibuat selain dari habiskan harta negara? Bila lagi nak buat, kan? Masa ada kuasa la. Takkan dah jadi pembangkang baru nak buat. Kan?

Tapi aku terkejut bila baca alasan yang diberikan. Katanya untuk menaikkan imej negara di mata VIP negara luar. What??? Bodohnya dia anggap rakyat Malaysia semua sebodoh machai dan walaun. Boleh dia bagi alasan yang sebegitu?

Orang tak pandang Malaysia dari kediaman rasmi PM. Tapi orang pandang dari integriti kerajaan. Nak naikkan imej macamana kalau kerajaan didirikan atas semangat khianat? Sudah begitu, pesalah rasuah pula ramai yang bebas.

Itu belum kira dengan melantik orang yang tidak layak untuk jawatan penting seperti menteri dan duta. Dan orang yang dah didapati bersalah pun boleh selamba kekal jawatan MP. Boleh pulak berlagak macam tak ada salah apa-apa.

Ini semua yang yang menjatuhkan imej negara. Bukan kediaman rasmi. Dan kediaman rasmi itu pun bukanlah buruk mana. Elok lagi. Ini semua alasan nak perhabiskan duit negara. Dari RM30 juta itu, entah berapa masuk kocek kroni.

RM30 juta bukan sedikit tau. Berapa banyak rumah PPRT boleh dibina. Di saat ramai rakyat yang hilang punca pendapatan sehingga ada yang dihalau dari rumah sewa, sampai ada yang sekeluarga jadi gelandangan, boleh dia nak cantikkan rumah yang dah sedia cantik?

Beginikah gaya pemimpin yang cakna rakyat? Nampak sangat cakap-cakap konon nak bantu rakyat itu semua sekadar retorik, hanya omongan kosong untuk menipu rakyat.

Lebih pedih, dalam kabinet ada ramai orang yang gelar diri mereka ulama. Nak sangka baik macam mana dengan mereka kalau perkara begini dibiar sahaja? Takkan dah jadi menteri boleh terus lupa hadits Nabi saw tentang menjaga amanah?

Yang aku kesian penyokong kerajaan. Machai dan walaun. Rumah sendiri senget nak runtuh, tak mampu nak betulkan tapi kediaman PM yang elok pula direnovasi. Tapi dia punya bebal, tetap juga sokong bagai nak rak. Orang tu mewah, dia parah.

Aku tak dapat buat apa-apa. Hanya berdoa semoga Allah berikan balasan paling setimpal ke atas mereka. Itu sahaja.

Raja Gelap