MSO
Dari luar, perwatakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan nampak
hebat
. Tetapi isinya tidak sehebat Mohamad Rahmat yang pernah
memegang jawatan itu.
Mungkin kerana Ahmad Maslan bernuasa muda jadi seni politiknya
tidak begitu abstrak sangat.
Semasa berdialog dalam sebuah tv internet selejap tadi beliau
cuba menjelaskan beberapa perkara yang serabut dalam Umno ketika ini
terutamanya perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu berhubung
sokongan kepada Mahiaddin.
Ahmad cuba memberi penjelasan agar Umno tidak berpecah lebih
teruk lagi. Nawaitunya baik demi survive Umno.
Tetapi ada sesuatu yang bagi saya tidak perlu beliau sebuat dan
war-warkan, yakni menyentuh soal Anwar Ibrahim. Kita tahu Umno tidak senang
dengan Anwar dan menghalang Anwar dariipada jadi perdana menteri.
Tetapi mendedahkan yang Zahid Hamidi menggunalan nama Allah
walahi, wabilah, dan watalahi tidak akan sokong Anwar jadi PM kurang sesuai dan
penting. Walaupun perkara itu mungkin tidak rahsia parti, tetapi ia tidak manis
kepada umum. Tampaknya Ahmad Maslan tidak mengenali siapa Zahid dan membaca
makrifat politiknya?
Pendedahan itu juga boleh mengikat dirinya sendiri. Apa kata
kalau sesudah Mahiaddin jatuh (dengan sokongan Umno juga nanti), tiba² Yang
diPertuan Agong memilih Anawar sebagai perdana menteri berdasarkan jumlah
kerusi mengikut blok, apakah sumpah Zahid itu terpakai?
Apakah Umno tetap menolak kerana berpegang kepada sumpah itu?
Kepada Mat Maslan elok beliau membuka kitab lama ditinggalkan
Mohamad Rahmat semasa dia jadi SUA Umno dahulu, jangan hanya baca kitab
ditinggalkan Sanusi Junid. Trims