Amat mendukacitakan seorang mufti yang jahil tentang isu politik semasa, mahu mengulas berkenaannya dan lebih malang lagi beliau membawa hujah agama untuk mengelirukan masyarakat.
Ilmuan seperti inilah yang akan memburukkan imej Islam di kaca mata orang2 bukan Islam, seolah2 Islam menghalalkan pembelotan atau pengkhianatan. Seolah2 Islam membenarkan "matlamat menghalalkan cara" apa sekalipun.
Dr Maza memberikan hujah perkauman dan agama menyebabkan kejatuhan kerajaan PH. Dr Maza anggap kejatuhan kerajaan PH adalah kerana kerajaan PH telaj melanggar perlembagaan terutamanya di dalam hak orang2 Melayu dan Islam. Malangnya, tok peti ini tidak membawakan satu pun contoh bagi memperkuatkan hujah, selain dari persepsi semata2. Beliau memberikan contoh, selepas kejatuhan kerajaan PH, tiada lagi yang berdemontrasi dan negara semakin baik dan rakyat selesa sekarang.
Wahai Dr Maza. Tahukah kamu bahawa kejatuhan kerajaan PH itu bukannya kehendak rakyat, tetapi kerana pembelot dan pengkhianatan daripada orang2 yang telah diberikan mandat oleh rakyat di dalam PRU14 yang lalu? Muhyidin dan Azmin serta orang-orangnya meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan Umno parti yang dikenali sebelum ini sebagai parti pemerintah sebuah kerajaan kleptokrasi dan juga bersama Pas, sebuah parti yang pernah melaknat perbuatan khianat sehingga tumbangnya kerajaan Pas Perak pada tahun 2009. Akhirnya Pas kini bekerjasama dengan pengkhianat demi untuk jawatan menteri alam sekitar?
Benar, Tun M letak jawatan. Mengapa dia letak jawatan? Dia suka2 mahu letakkah? Dia letak jawatan sebaik sahaja dia tahu dia tiada sokongan dari majoriti MP dari partinya sendiri dan beberapa orang dari kartel kumpulan Azmin. Akibat pengkhianatan dari Muhyidin dan kumpulannya dari Bersatu serta Azmin beserta kumpulan kartelnya dari Keadilan, maka secara prinsipnya Tun M kena letak jawatan akibat PH telah hilang majoriti. Bukannya Tun M suka2 letak jawatan. Puncanya khianat.
Konon2nya selepas kerajaan PH jatuh, barulah negara ini aman, rakyat telah selesa. Tiada lagi berdemo, tandanya negara di dalam keadaan terbaik, kata Dr Maza.
Nah, betulkah sekarang semuanya lebih baik dari era kerajaan PH? Lihat dengan mata kepala sendiri, selesakah rakyat sekarang? Tiada berdemo? Usahkan berdemo, mahu minum teh pun tidak boleh. Tok peti pun tidak boleh memberikan kuliah dan solat jumaat. Tok peti pun kena berkurung macam duduk duduk dalam zoo. Bagaimana dengan ekonomi negara sekarang? Berapa ramai menteri yang dilantik sekarang dan berapa ramai yang benar2 berfungsi?
Mungkin semuanya berlaku akibat wabak COVID-19. Betul, ianya bertambah teruk menjelang peristiwa pengkhianatan. Wabak gelombang pertama di era kerajaan PH telah berjaya dikawal sehingga mendapat pujian dari WHO. Ketua Pengarah Kesihatan pun mengesahkan gelombang pertama berjaya ditangani dengan baik. Gelombang kedua bertambah serius, apabila kerajaan pintu belakang ini terhegeh2 untuk membentuk kabinet sehingga lebih seminggu. Tiada arahan dari menteri untuk mengawal keadaan ketika itu, sehinggakan perhimpunan Tabligh di Petaling berlangsung tanpa sekatan. Menteri kesihatan pun lambat dilantik sedangkan wabak sedang hebat menyerang waktu itu. Bahkan, sehingga kini TPM pun masih tidak terlantik. Di dalam keadaan ini pun masih berebut dan tidak puas hati dengan perlantikan menteri.
Apakah itu yang Dr Maza rasakan lebih baik, asalkan kononnya kerajaan Melayu Islam? Kerajaan melayu Islam yang memotong peruntukan parlimen Pembangkang walaupun itu kawasan majoriti melayu? Kerajaan PH yang memberikan semula royalti minyak kepada dua negeri majoriti melayu Islam iaitu Kelantan dan Terengganu serta memberikan peruntukan parlimen kepada semua kawasan Pembangkang waktu itu tetap tidak baik di sisi Dr Maza hanya kerana beliau anggap kerajaan PH itu dikawal oleh Dap?
Wabak yang sedang melanda sekarang menyerlahkan kepada rakyat bahawa tiada yang selamat, samada melayu atau Cina, Islam atau tidak, doktor atau ustaz, menteri atau raja. COVID -19 tidak rasist, semua kaum terlibat. Semoga Allah selamatkan negara kita. Semoga Allah kembalikan semula hak rakyat yang telah dikhianati oleh para pengkhianat.
WFAUZDIN NS