‘Tak ada makanan, tak cukup tambang komuter viral di internet’
Dua post yang viral di internet dan mendapat share tinggi sejak dua minggu lalu menceritakan mengenai penderitaan rakyat yang jarang didengar pada era 1990an dan ke atas.
Kesukaran hidup tidak mempunyai wang membeli makanan atau pun tidak cukup wang tambang komuter bukanlah masalah pada era 1990an apabila ekonomi negara mula meningkat di bawah pentadbiran Menteri Kewangan Anwar Ibrahim ketika itu. Cerita kekurangan makanan atau tambang bas hanya berlaku pada era 1970an dan 1980an, ketika rakyat tiada pekerjaan sesuai dan kekurangan peluang perniagaan.
Pada era 1990an, keluarga mempunyai makanan yang cukup dan biasanya berlebihan untuk anak-anak. Di kawasan sub bandar tiada cerita keluarga tidak mampu untuk membeli makanan di restoran atau memasak makanan untuk anak-anak.
Peluang bekerja dalam sektor industri dan ilmu pengetahuan yang berkembang di kalangan rakyat membolehkan mereka menjana pendapatan lumayan.
Namun pada era pemerintahan PM Najib Razak, cerita penderitaan rakyat kembali subur dan bergema. Bukan kerana ketiadaan pekerjaan namun kerana gaji tidak mencukupi menampung perbelanjaan keluarga. Semuanya diakibatkan siri kenaikan harga dan kos hidup melampau.
Salah satu cerita penderitaan yang viral ialah catatan seorang murid pada sekeping kertas yang ditemui oleh gurunya dalam beg sekolah:
“Ibu kak nak makan boleh?
“Kak tahulah yang semua belum makan lagi tapi jomlah kita makan sama-sama dekat kedai.
“Kalau ibu dengan abah tak ada duit, ibu dengan abah masaklah. Boleh?
“Kalau tak ada beras tak pe lah…….”
“Kalau tak ada beras tak pe lah…….”
Satu lagi yang menjadi viral ialah peristiwa seorang pelajar asrama yang mahu pulang ke kampung tetapi tidak mempunyai cukup wang kerana tambang komuter telah pun dinaikkan pada November lalu:
Budak asrama ni nak balik Kuang (di Selangor). Baru habis SPM kot. Dia tak cukup tambang nak balik naik KTM. Duit dia ngam-ngam je (ikut harga tiket lama)
Budak: Tolonglah kak. Ni je duit yang saya ada
Staf KTM: Tak boleh la dik. Tak cukup 80 sen. Siapa nak tanggung
Budak: Macam mana saya nak balik kak? Tolonglah (menangis)
KTM: Itu bukan masalah saya
Budak: Tolong saya kak…………….
KTM: Sila beredar . Awak ganggu kerja saya. Ke saya nak panggil polis?
Akhirnya pelajar itu dibantu oleh seorang pengguna komuter di belakangnya yang membelikan tiket untuk beliau.
Staf KTM: Tak boleh la dik. Tak cukup 80 sen. Siapa nak tanggung
Budak: Macam mana saya nak balik kak? Tolonglah (menangis)
KTM: Itu bukan masalah saya
Budak: Tolong saya kak…………….
KTM: Sila beredar . Awak ganggu kerja saya. Ke saya nak panggil polis?
Akhirnya pelajar itu dibantu oleh seorang pengguna komuter di belakangnya yang membelikan tiket untuk beliau.
Hanya setahun setelah gelombang kenaikan harga berlaku selepas kerajaan BN menghapuskan subsidi bahan bakar pada Oktober 2014, pelbagai insiden penderitaan yang menyayat hati berlaku.
Ibu bapa mula menyekat perbelanjaan anak-anak kerana ketiadaan wang untuk menguruskan rumah tangga. Sekatan bukan sahaja ke atas makanan seperti mengurangkan makanan berkualiti tetapi juga melarang anak-anak belajar di waktu malam untuk menjimatkan bil elektrik, sekatan ke atas penggunaan air bagi mengurangkan bil air dan sekatan untuk perbelanjaan di sekolah.
Dalam dua tahun akan datang berkemungkinan gelombang penderitaan ini akan menjadi gelombang kelaparan rakyat.
Sekiranya hal itu berlaku maka Malaysia akan mencontohi Indonesia pada era penghujung pemerintahan Suharto , 1998 lalu.
Ketiadaan makanan dan pekerjaan akibat kejatuhan ekonomi menyebabkan rakyat menyingkir diktator Suharto yang memerintah lebih 32 tahun.