al husseyn
YB Khalid Samad sewaktu
menyampaikan ucapannya dalam program penerangan Diskusi dan Dialog
anjuran Pemuda PAS Ipoh Timur pada mlm tadi di hotel Seri Malaysia Ipoh ,
telah mendedahkan bagaimana mula timbulnya puncanya yg menyebabkan ada
golongan-golongan yang menuduh bahawa PAS telah menyeleweng, bahawa
pimpinan-pimpinan Liberal telah berkuasa dan sebagainya.
Menurut Khalid ini
kerana mereka datang kemudian dan tidak faham ijtihad yang dilakukan
oleh al-Marhum Ust Fadzil Mohd Noor, latarbelakangnya, dan matlamat dan
tujuan disebaliknya .
Bibit-bibitnya dilihat
pada 2008, satelah PAS mencapai satu prestasi dlm pilihanraya yg baik,
dan membentuk kerajaan dgn penubuhan Pakatan Rakyat.
Khalid turut mengulangi kata-kata almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dengan menyebut :
“Kemana sahaja kita
pergi, orang menyebut tentanginginkan perubahan. Oleh itu ianya
merupakan satu kewajipan bagi PAS yg merupakan wadah yg terlibat didlm
arena politik untuk memungkinkan kehendak rakyat yang inginkan perubahan
ini untuk tercapai
Maka ianya memerlukan
satu keberanian daripada PAS untuk melakukan ijtihad siyasi yg
memungkinkan gabungan dan kerjasama diantara PAS dan parti-parti lain
utk mengemukakan ataupun membentangkan kepada rakyat pilihan dan
alternatif selain daripada Umno dan Barisan. Tidak mungkin PAS akan
mampu memerintah seorang diri. Lebih-lebih lagi di negeri-negeri di
Pantai Barat.”
Demikian lebih kurang
kata-kata almarhum didalam ucapan dasarnya pada tahun 1998. Ini hasil
daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemarahan rakyat,
jelas Khalid.
Khalid berkata, hasil
daripada itu terbentuk Barisan Alternatif dan pada ketika itu PAS hanya
menang di Kelantan dan Trengganu, dan kemenangan kita di situ, merupakan
kemenangan yg tidak mengubah sangat suasana dan realiti politik bagi
org-org atau ahli-ahli PAS, kerana di Kelantan memang PASlah walaupun
dinamakan Barisan Alternatif, dan begitu jugalah di Terengganu. Ianya
tetap merupakan ‘PAS dominated State Government’.
Tetapi pada 2008,
suasana yg baru telah dialami. Pembentukan kerajaan melalui Pakatan
Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi didominasi oleh PAS. Dan ini
menyebabkan ada dikalangan org-org PAS yg tidak menghargai kemenangan yg
telah diperolehi dimana ianya merupakan gandingan diantara PAS, PKR dan
DAP, iaitu Pakatan Rakyat, dimana PAS tidak dominan; kerana mereka
kehilangan support, dia tidak kehilangan wawasan dan halatuju, dia tak
faham!”
Khalid memberikan
contoh sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, PAS tidak
dominan, maka bagaimnana kita nak bawa agenda kita? Tanya Khalid.
Khalid turut mendedahkan bagaimana ada kalangan apabila ditanya apa agenda mereka? Apa itu agenda PAS? Mereka kata Hudud!
Dan masalahnya, kata
Khalid, mereka ini merumuskan perjuangan Islam ini sebagai Hudud dan
mereka menganggap kita berkompromi jika tidak bawa Hudud.
Menurut Khalid,
bibit-bibit perasaan kecelaruan ini bermula pd 2008 apabila PAS
Selangor menang 8 kerusi dan Umno/BN 20. Maka timbul usaha dengan jumlah
28 itu, supaya PAS boleh dipilih untuk menjadi Menteri Besar. Khir Toyo
tawarkan Hasan Ali jd Menteri Besar. Dengan 28 ni, terus jumpa Sultan,
Sultan boleh terus suruh Hasan Ali angkat Sumpah - PAS yg akan menjadi
Menteri Besar!
Maka ada kepimpinan PAS
kebingungan dlm keadaan diberi peluang utk memegang kuasa memerintah di
lima negeri - Selangor , Perak, Kedah, Trengganu dan Kelantan sebagai
Menteri Besar dan berkemungkinan diperingkat Pusat sebagai Menteri dan
disebut-sebut juga mungkin Timbalan Perdana Menteri. Maka kenapa kita
tidak mengambil kesempatan ini?
Apabila ada kalangan
beberapa pimpinan PAS sepertinya menolak cadangan kpd usaha-usaha
tersebut, lalu mereka di tohmah sebagai tidak pentingkan PAS kerana
kononnya mementingkan Anwar; kerana kalau Pas pergi bersama Umno/BN,
maka hancurlah Anwar! Tapi kerana nak bela Anwar peluang keemasan ini
dilepaskan !
Maka disitulah
dimunculkan atau diperkenalkan istilah ‘Anwarinas’ – terlalu wala’
kepada Anwar, sampai mementingkan PKR dan DAP lebih daripada PAS itu
sendiri!
Khalid berkata, kalau
kita pd 2008 mengkhianati Pakatan Rakyat atas sebab kita nak jwn-jwtn
Menteri Besar sini, Menteri Besar sana, Menteri Besar situ , kononnya
atas sbb kita sayangkan PAS maka kita nak semua jwtn-jwtn ini dipegang
oleh PAS.
Bila kita kena kembali
balik kpd rakyat dan meminta supaya rakyat kembalikan kuasa dan mandat
itu kpd kita sedangkan rakyat inginkan perubahan dan kita yg mendapat
sokongan atas mandat itu, rakyat nak tolak Umno/BN, kita pula setelah
dimenangkan atas mandat yg sebegitu, kita pula mengkhianati kehendak
rakyat , kita pula yg menghidupkan balik Umno/BN di Selangor, di Perak
di Kedah dan sebagainya oleh kerana kita besama mereka.
Kalau dinegeri
Selangor, lapan kerusi yg dimenangi pada ketika 2008, maka 8 kerusi ini
sahajalah nanti PAS akan bertanding! Yang lain kita kalah dengan Umno.
Takkan Umno nak serah kepada kita? Tanya Khalid.
Khalid juga mengingatkan
bahawa 8 kerusi itu pun atas mandat tolak Umno. Tiba-tiba kita
khianat. Rakyat tak akan menangkan kita lagi.
Kita melihat jangka
masa panjang pejuangan membina sokongan integriti, kredibiliti, politik
baru bebas perkauman, bebas kronisma, bebas rasuah, terang Khalid.
Itu adalah mesej Islam dan perjuangan Islam yg kita fahami bukan dirumuskan kepada Hudud semata-mata, tambahnya lagi.
Bercakap mengenai
istilah ‘Negara Berkebajikan’ berbanding dgn ‘Negara Islam’, Khalid
menyatakan kesalnya kerana ada pimpinan dalam AJK PAS Pusat itu sendiri
yang tidak faham.
Pimpinan itu kata penggunaan istilah ini semata-mata untuk mendapatkan
undi! Kita kompromi! Malah dia mempersoalkan apa salahnya dengan
mengekalkan dengan ‘Negara Islam!
Khalid menjelaskan,
istilah ‘Negara Islam’ itu adalah kerangka kenegaraan yang berasaskan
kepada Islam, yang hasilnya, isinya ialah sebuah negara berkebajikan,
yg digambarkan didalam al-Qur’an dgn ‘Baldatun Thayyibatun Wa
rabbul-ngapoor’ – tak digunakan Daulah Islam tapi menjelaskan, isi
kandungan Negara Islam itu.
Ataupun Negara yang
dibina atas prinsip-prinsip Islam apa yang dikata ‘Negara Berkebajikan’,
Negara Rahmat, Negara ‘Adil. Inilah istilah-istilah kontemporari yg
sepatutnya kita sebagai ahli politik memahami. Tidak ada bezanya cara
kita menjelaskan isi kandungannya dan bukan istilah dan nama.