ADAKAH NAJIB AKAN MENJADI PERDANA MENTERI















Oleh:Amiruddin Ahmad


Pengundian oleh para perwakilan UMNO bahagian telah menjadikan Najib seorang bakal Perdana Menteri yang sedang menunggu bagi menggantikan Abdullah Ahmad Badawi apabila tiba waktunya iaitu pada 29 Mac tahun hadapan atau paling lewatnya seminggu selepas itu kata Perdana Menteri Abdullah Ahmad. Namun adakah anda percaya bahawa Najib akan benar-benar menjadi Perdana Menteri?Adakah anda percaya pula bahawa Abdullah akan benar-benar meletak kan jawatannya? Atau adakah anda akan percaya bahawa keduanya tidak akan menjadi perdana Menteri sebaliknya Anwar akan mengambil alih kerajaan ini dalam masa tersebut? Semua ini akan terjawab bila tiba waktunya.Namun apa yang sedang anda baca di dalam media dan suasana sekarang sememangnya Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana begitu banyak suasana kelam kabut yang berpusing ligat di kepala dan mengelilingi masa depan Najib.

Pembebasan Raja Petra bukanlah sesuatu yang biasa bagi mahkamah di Malaysia. Begitu juga dengan kegagalan pihak peguam negara untuk membawa kes DSAI ke mahkamah tinggi.Dalam masa yang sama juga belanjawan yang di bentangkan Najib sebanyak 7 billion untuk hujah pindaan belanjawan semula juga tidak di restui oleh parlimen Malaysia .Apakah semua ini tidak dapat di baca dengan jelas. Kegagalan demi kegagalan bukan sesuatu yang biasa berlaku apabila membabitkan mahkamah di Malaysia terutamanya yang memihak kerajaan. Nampak kini para hakim telah berjaya menempis sikap tidak menyebelahi kerajaan. Jika di zaman Mahathir dahulu kita boleh menjangkakan bahawa , pembentangan belanjawan semula akan di luluskan.Nasib RPK akan merengkok dalam penjara selama 2 tahun dan kes DSAI akan di bawa ke mahkamah tinggi untuk dilakonkan semula sebagai “sodo me part 2”(rujuk Hishamuddin).


Adakah kegagalan Najib ini di lihat sebagai satu cubaan untuk menidak kan betapa beliau bukan seorang pemimpin yang berwibawa. Sudahlah belanjawan dilihat gagal untuk beliau bentangkan , ketidak percayaan yang menunjukan beliau bukan seorang pemimpin yang berwibawa makin terpalit.


Kes demi kes yang mengaitkan nama beliau muncul.Kita juga telah faham dengan skandal pembelian senjata yang melibatkan pembelian kapal selam scopene dan juga jet pejuang Sukhoi, namun kes terbaru ialah berkaitan dengan pembunuhan, pembebasan Razak Baginda yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya yang dikatakan menjadi jurubahasa kepada proses pembelian tersebut .Dalam kes Razak Baginda pula , beliau dibebaskan kerana tidak disabitkan langsung dengan semua aktiviti yang boleh mensabitkan beliau didakwa mengarahkan pembunuhan Altantunya.Jadi siapakah yang mengarahkan agar Altantunya dibunuh?Keraguan ini masih tidak berjaya di padamkan sehingga kini. Apabila pembebasan Razak Baginda masih lagi menjadi tandatanya dan siapa yang mengarahkan pembunuhannya pula,sudah tentulah kes ini masih tergantung dan kini pihak pendakwa akan membawa semula kes ini untuk di buat rayuan agar di adakan semula pebicaraan,malah bapa beliau Shaaribu akan membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa.

Dalam perkara ini ianya melibatkan RPK dan juga Balasundramaniam yang mengeluarkan kenyataan bahawa Rosmah dan juga Norhayati serta Lt Kol Aziz Buyong yang didakwa sebagai pakar C4 turut melakukan pembunuhan dan deklarasi akuan bersumpah Balasundramaniam yang menuduh Najib pernah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan meliwat dianggap keterlaluan,malah Balasundramaniam pula hilang dan didakwa di sogok sebanyak RM5 juta oleh Rosmah agar keluar dari negara ini.Dakwaan oleh blogger Kickdefella ini adalah sesuatu yang serius , malah kickdefella juga mempunyai bukti, dan mencabar pihak berkuasa supaya mendakwa beliau .Semua telanan yang bakal muncul ini tidak menyebelahi Najib Razak.


Adakah RPK akan hanya berdiam diri atau Balasundramaniam juga akan berdiam diri? Tambahan pula Shariibu Satev akan membawa kes ini ke peringkat antarabangsa.Jika keduanya di bebaskan dan kenapa pula Balasundramaniam melarikan diri selepas membuat akuan bersumpah di hadapan DSAI, siapakah yang akan membawa beliau kembali untuk menjadi saksi perbicaraan semula?Sudah tentu satu perancangan yang hebat dan teratur sedang dirancang,di lihat dikaji dan ini semua tidak menyebelahi Najib.

Menurut Amtiaz, nampak seolah-olah pihak badan kehakiman memainkan peranannya sebagaimana yang di janjikan Abdullah untuk membentuk satu suruhanjaya yang benar-benar dapat memilih hakim-hakim yang tidak boleh “dibeli” oleh penguasa.Adakah Malaysia akan menjadi sebuah negara dimana badan-badan kehakiman benar-benar bebas untuk bertindak tanpa adanya perasaan untuk memihak kepada peerintah sejak regim Mahathir memecat dan memusnahkan sistem kehakiman dengan memecat hakim dalam kes yang menjadikan UMNO sebagai sebuah parti haram dan tertubuhnya parti UMNO Baru.Ini semua akan terjawab apabila kes Razak Baginda akan di sebut semula dan dua saksi utama Raja Petra dan Balasundramaniam di ketengahkan.


Kini masa akan menentukan nasib Najib.Jika pemilihan UMNO yang sedang berjalan kini dan akan berakhir ujung bulan Mac , kita tunggu pula kes Razak Baginda di sebut. Pembebasan Razak Baginda dan pembebasan Raja Petra bukan seusatu yang normal untuk masa kini.Walau kita sendiri sedar bahawa ada kemungkinan percaturan politik sedang berlaku, namun semua ini tidak akan menyebelahi Najib Razak.

Beliau masih boleh berangan, namun serangan Anwar di dalam dewan dan di pancarkan oleh web Tv ke seluruh dunia membuktikan bahawa Najib juga akan gagal untuk menghadapi serangan Anwar, malahan nampak sangat apabila kegagalan pembentangan dan kelulusan sebanyak RM 7 Billion itu membuktikan Najib belum dapat menguasai kerajaan dan UMNO sendiri.Oleh itu Najib , harus sedaya upaya mempercepatkan “membersihkan kes” beliau sebelum perbicaraan semula di adakan ke atas Razak Baginda sebelum beliau di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.



Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya beliau mengenali dan berjumpa Altantuya Shaariibuu seperti terkandung dalam akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam pembohongan yang amat dashyat.
Menegaskan tuduhan itu rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imejnya, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Altantuya.


Najib berkata apa yang penting sekarang ialah rakyat mahu tahu sama ada perkara kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat PKR itu benar berlaku atau sebaliknya.
Berhubung akuan bersumpah itu, Najib berkata oleh kerana akuan itu sub judis dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporan Balasundramaniam kepada polis, maka beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis terhadap Balasundramaniam atau mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.Mengenai sama ada beliau menyifatkan pendedahan itu serangan peribadi daripada Anwar, Najib berkata: "Soalnya mengapa ia berlaku sekarang setelah kes liwat itu timbul, tiba-tiba semua pihak diserang, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) diserang, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), saya diserang, kenapa sekarang". "Ini persoalannya, jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama, iaitu sama ada kes liwat itu berlaku atau tidak... ini yang kita hendak tahu," katanya.


Jika itu dakwaan Najib , maka perbicaraan semula Razak Baginda dan juga Mahkamah Antarabangsa akan menentukan Najib.
Amiruddin Ahmad adalah wartawan Suara Keadilan .Beliau adalah ahli ALIRAN di Pulau Pinang.

No comments: