TOLONG RESPECT SIKIT KEHENDAK RAKYAT.JADIKAN AGENDA UNTUK RAKYAT DAN BUKAN HANYA UNTUK PARTI


GAMAKNYA SERONOK BILA DAPAT JAWATAN DAN NAK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ATAU SERONOK DAPAT JAWATAN UNTUK NAK MEMBALUN.KALAU DIFIKIRKAN SEKALI IMBAS, PEREBUTAN JAWATAN INI AKAN LEBIH BAIK DAN TERATUR JIKA KHIDMAT KEPADA RAKYAT DIBERI KEUTAMAAN.RAKYAT MEMANDANG AKAN SEMUA AKSI YB-YB YANG BARU INI.

IPOH, 13 Mac (Bernama) -- Istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini telah ditangguhkan.

Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah.

Setiausaha PAS negeri Mohammad Nizar Jamaluddin sebelum ini dijadual mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada pukul 4 petang ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar. Lim kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Sementara itu, Istana Kinta dalam kenyataannya yang difakskan kepada Bernama memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Perak, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor itu menyatakan Raja Dr Nazrin Shah bertitah supaya majlis angkat sumpah hari ini ditangguhkan.

"Berdasarkan perkembangan terkini, bahawa kelihatan DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam hasrat menubuhkan kerajaan yang stabil bagi negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh itu Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah bertitah supaya angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak yang dijadualkan petang ini ditangguhkan,".

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan bila istiadat itu akan dilangsungkan.

No comments: