ABANG NUSI CAKAP TAK SERUPA ABANG NUSI BIKIN?







Dulu gah berucap kononnya, Kedah tempat orang miskin berteduh. Diulang dan dijulangnya ungkapan tersebut sebagai simbol keprihatinan terhadap nasib rakyat bawahan.


Aduhai...


Apa yang berlaku kini seolah-olah menampar semula orang-orang miskin dan kaya di sana.


Golongan miskin yang kononnya mahu “dilindungi” kini menerima “hadiah pahit”  iaitu kenaikan cukai pintu sehingga 245%.


Benda ini bukan sahaja mencetuskan keresahan, bahkan menimbulkan persoalan besar apa sebenarnya keutamaan kerajaan PAS/PN negeri Kedah.


Apakah ini bentuk keprihatinan yang hang janjikan kepada rakyat?


Atau sekadar slogan politik yang indah di bibir hang saja?


Jika benar Kedah mahu kekal menjadi tempat “orang miskin berteduh”, maka keputusan hang Abg Nusi perlu dikaji semula.


JM



No comments: