Ia merupakan konflik ketegangan yang melibatkan masjid dan kuil yang berdekatan pada tahun 1998.
Menurut Dr Xavier Jayakumar, "Sebenarnya Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah satu-satunya pemimpin kerajaan yang berani turun padang untuk membantu menyelesaikan ketegangan etnik dan agama semasa kejadian itu."
Pada *27 Mac 1998*, Anwar berbuat demikian walaupun bertentangan dengan nasihat polis mahupun Samy Vellu serta pemimpin Umno yang lain tidak sanggup untuk berani hadir di tapak tersebut. Anwar bertegas untuk bertemu kedua-dua pihak dalam konflik itu untuk merundingkan penyelesaian kepada krisis, tidak kira betapa sukarnya isu berkenaan. Penyelesaiannya untuk mencari tapak alternatif yang sesuai untuk kuil akhirnya berjaya meredakan permusuhan.
Anwar membawa kedua-dua pihak bersama-sama dan memujuk mereka untuk menyelesaikan perkara itu dan berjabat tangan. Liputan media mengenai sidang media Anwar Ibrahim kemudiannya menunjukkan Ahmad Johari Hamzah, setiausaha jawatankuasa masjid, berjabat tangan dengan P Nyanasegaran, setiausaha jawatankuasa kuil, sebagai tanda krisis telah berakhir.
Sikap adil dan saksama inilah yang mencerminkan pendekatan berhikmah Anwar terhadap hubungan etnik dan agama di Malaysia, yang menekankan dialog dan rundingan sebagai cara untuk hidup bersama secara aman.
Presiden MIC ketika itu S.Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu. Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata beliau gembira campur tangan Anwar telah membawa penyelesaian secara baik kepada penduduk Kampung Rawa.


No comments:
Post a Comment