PANAS! POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KENYATAAN SENSITIF PEMIMPIN PAS!



Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bersedia berdepan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Zawawi Othman di mahkamah bagi mempertahankan hak peneroka di Gua Musang, termasuk di Nenggiri. Takiyuddin sebelum ini mendakwa Kesedar tidak memproses ribuan lot tanah diluluskan kerajaan negeri untuk diberikan kepada peneroka. Menurutnya, perkara yang dibangkitkan itu adalah berdasarkan fakta dan beliau akan tetap mempertahankannya walaupun berdepan tindakan undang-undang, termasuk laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno. “Kerana ceramah saya malam itu (3 Ogos), saya dipanggil ke balai polis, cuma tak sempat pergi lagi, sibuk. Ada laporan polis Pemuda Umno kata saya ugut, ugut ke macam itu? Jangan main laporan polis, jangan main di mahkamah, tapi kalau nak main sungguh, tak apa, kita mainlah lepas ini (PRK Nenggiri), katanya pada ceramah di Sungai Asap A sempena kempen PRK Nenggiri. Takiyuddin berkata, isu tersebut sepatutnya dijelaskan oleh Zawawi, yang juga ketua penerangan Umno Kelantan, di pentas ceramah kempen supaya rakyat dapat membuat penilaian. Zawawi cabar saya, nak saman saya … saya akan jawab dalam ceramah, kita orang politik, bila kita tak puas hati, berlawanlah atas pentas politik, katanya. Beliau turut menuntut Zawawi membuat penjelasan mengapa tanah yang diluluskan permohonan Hakmilik Sementara (QT) oleh kerajaan negeri kepada Kesedar belum lagi diserahkan kepada peneroka, termasuk di Sungai Asap. Sekarang geran berada di tangan Kesedar, kena tanya pengerusi Kesedar kenapa tak diberikan kepada peneroka, katanya. Beliau turut mendedahkan tapak tanah Pejabat Kesedar yang terletak di Gua Musang seluas 200 ekar juga masih milik kerajaan negeri. Nak kata macam-macam kepada kerajaan negeri, tapi kamu duduk atas tanah kerajaan negeri. Kalau saya salah, saman di mahkamah, katanya. Sebelum ini Zawawi meminta Takiyuddin menarik balik kenyataannya atau bakal berdepan tindakan undang-undang. Pemuda Umno Gua Musang juga membuat laporan polis terhadap Takiyuddin, mendakwa beliau meminta pengundi menyokong calon PN jika mahu isu tanah diselesaikan kerajaan negeri yang ditadbir gabungan





No comments: