HUKUM SUNGGUH....TAPI RAMAI PERCAYA KE DIA....FATWA APA LA PULAK.



 Aku jumpa ni di FB aku. Tak pasti betul atau tidak Ustaz Azhar Idrus ada sebut ni. Tapi setakat yang aku tahu, undi pilihanraya ni tak wujud di zaman Nabi saw. Macamana nak kata haram?


Kalau nak hukum dengan qiyas, memanglah haram jatuhkan kerajaan Islam walaupun pemimpin zalim. Ia bagi mengelak berlaku pertumpahan darah. Tapi kalau secara aman macam PRU, apa salahnya?


Tapi aku tak bercadang nak bangkang fatwa Ustaz Azhar ni. Cuma nak ajak semua fikirkan, sebelum nak berhukum sebegini, tanya dulu adakah kerajaan yang hendak ditukar itu kerajaan Islam?


Apakah kerajaan Islam? Adakah kerajaan Islam itu cukup dengan menjalankan undang-undang Islam?


Tak. Negara Islam mesti mengamalkan dasar Islam yang menitik beratkan keadilan. Islam utamakan kesaksamaan dan kesejahteraan hidup rakyat. Tak cukup sekadar praktikkan undang-undang Islam.


Hinggakan Allah wajibkan ibadah zakat. Tak hanya zakat harta, emas, simpanan dan galian, bahkan ada pula zakat fitrah, yang bertujuan membantu orang kurang berkemampuan menyambut raya.


Jadi jika sesebuah pentadbiran mengaku sebagai kerajaan Islam, kesejahteraan rakyat mesti menjadi agenda utama. Keperluan asas mesti sempurna. Peluang perniagaan mesti adil, tak hanya saudara mara yang dapat kerja. Itu baru kerajaan Islam.


Jika sebuah kerajaan itu sibuk menghukum orang awam atas dosa peribadi tapi kesejahteraan hidup rakyat diabaikan, rasuah dan seleweng berleluasa, peluang kerja hanya untuk golongan tertentu, maka bukanlah ia pemerintahan Islam. Sebaliknya jadilah ia negara Taliban.


Bacalah sirah. Teliti sifat dan kepimpinan Nabi saw sebagai ketua negara. Lihat bagaimana Khalifah ar-Rasyidin mentadbir. Ingati kisah Umar al-Khattab dengan wanita yang masak batu kerana anaknya kelaparan. Banding dengan pemerintah yang ada.


Jika si pemerintah itu memerintah tanpa mengikut sifat kepimpinan Nabi saw atau paling tidak para Khalifah ar-Rasyidin, tapi mengaku pentadbirannya sebagai Islam, ketahuilah bahawa dia telah menipu.


Berbalik kepada tajuk asal. Jika sudah pentadbiran itu bukan pentadbiran atau kerajaan Islam, maka apa yang dituturkan oleh Ustaz Azhar seperti dalam gambar ini tidak terpakai sama sekali. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.