Tapi inilah hasil apabila pemimpin yang biadap pun diangkat dan disanjung. Sampai terasa diri bagai Hang Jebat. Kalau orang Melayu tak suka dengan sikap biadabnya terhadap Sultan, jangan marah jika kamu penyokong PN. Sebab kamu sendiri yang sanjung pemimpin yang biadab terhadap Sultan.
Nak benci Sultan, nak rasa geram, nak marah, tak ada siapa boleh halang, boleh larang. Tapi tak perlu sampai cerita nak pancung semua tu. Guna pula istilah mampos yang jelas biadap. Apa lagi dikirim ke media sosial untuk tatapan umum. Itu perbuatan yang sangat sangat melampau.
Pertama, ia melanggar adab orang Melayu. Kedua, ia menimbulkan rasa marah, ganggu ketenteraman awam. Ketiga, ia berunsur jenayah kejam. Ini hasil daripada permainan sentimen kaum dan agama oleh parti yang dabik dada konon membela Melayu. Tapi di mana kemelayuannya? Hilang!
Demikianlah bila parti gila kuasa hingga sanggup ketepikan adab. Berkempen guna sentimen. Bila ada pemimpin yang tak senonoh, dilambung juga hanya kerana nak tumpang populariti. Akhirnya, ini yang berlaku. Bila guru kencing berdiri, murid pula kencing berlari. Tapi kalau dah pemimpin sendiri kencing berlari, penyokongnya? Guane boh?
Raja Gelap
.