KAK IDA ABDULLAH
Sebelum PRU14, dengan berani, tersusun dan displin Rafizi Ramli telah
'create awareness' betapa penting BN dijatuhkan kerana yang terajui BN adalah
pasangan suami isteri nafsu tidak bertepi menggelidah dan mengkuruskan negara.
Maklumat yang disebar melalui bas tournya sangat memberi kesan sehingga Atok
yang diam hibernating pun terus bangun dan dengan penuh hipokrasi menghampiri,
menawan dan menjadi orang utama dalam PH, overshadow semua usaha Anwar, Kak
Wan, Rafizi, PH, dan rakyat dalam menghumban BN pada 2018.
Ketakutan Atok bukan sebab rompakkan Najib tetapi mood rakyat
yang mulai sedar dan berani bertukar demi menghumban BN dari tampuk
pemerintahan puluh tahun lamanya. Atok seorang sahaja lebih 40 tahun pegang
remote control memastikan negara berkembang demi kesejahteraan dan keselamatan
diri, keluarga dan kroni.
Sekarang Atok takut lagi. Atok yang wajib takut dengan Tuhan
apabila berencana sebaliknya takut dengan penolakkan rakyat akan rencananya.
Untuk rakyat menolak secara total tidak cukup dengan maki dan benci. Itu ajaran
Atok kepada rakyat ketika ingin jatuhkan Najib, Anwar, Pak Lah dan skrg
pura-pura pula benci Yiddin.
Benci tidak akan memberi keadilan. Rakyat hanya ingin keadilan
ke atas pesalah sebagaimana hukuman pantas dijatuhkan ke atas rakyat yang
terpaksa mencuri, merasuah, menipu dan sebagainya demi kelangsungan hidup dalam
negara penuh penindasan. Walau apa alasan, sifat² itu tidak harus dipraktikan.
Namun kerana rakyat sendiri menyaksi pemimpin mereka yang sengaja mencuri,
menyeleweng, menipu demi untuk kaya, ada rakyat yang mencontohi demi kelangsungan
hidup sahaja.
Sudah sampai masanya awareness terhadap kebobrokkan Mahathir
diketahui rakyat supaya rakyat dapat menilai dan berfikir dan membuat pilihan
pemimpin yang akan menerajui Malaysia pada PRU15. Malaysia semakin parah. Siapa
sahaja yang ditentukan Mahathir duduk disitu tidak akan membantu malah akan
terus menghancurkan. Mahathir sudah terlalu tua, umurnya mungkin akan terus
panjang melangkaui hidup kita. Itu rezekinya. Tapi jangan sampai rezeki panjang
umurnya menjadi penghalang kepada rezeki kita hidup sejahtera dan harmonis
dalam negara penuh barakah kurniaan Allah ini.
Sudah banyak kerosakkan zaman dia jadi PM, sudah berbilion
hilang diperjudi. Sudah banyak kerugian di zaman Pak Lah, bertambah parah di
zaman Najib dan sekarang semakin longlai di zaman Mahiaddin. Semua ini anak
didik Mahathir yang mempunyai satu matlamat sahaja Anwar Ibrahim
TIDAK boleh diangkat sebagai Perdana Menteri kerana...
BUAT KALI
PERTAMANYA setelah lebih 40 tahun rakyat Malaysia disesatkan pemikiran,
peradaban, pertumbuhan, dikhianati, dinafi, Anwar Ibrahim akan mereformasi
sistem yang dibobrokkan Mahathir sehingga rakyat dapat bangun semula megah
bermaruah dan punya jati diri. Apabila itu terjadi, rakyat berani tetapi
beradab, rakyat berdaya saing tapi berakhlak akan terhasil. Lalu dimanakah
tempat bagi politikus keji?
Rakyat perlu tahu, perlu sedar bahawa Anwar dinafi hanya kerana
punya agenda rakyat di hati. Anwar difitnah berkaitan akhlaknya kerana agenda
penerapan Islam semasa beliau sebagai Menteri dan kemudian Timb. Perdana
Menteri. Apa tuduhan paling berkesan kepada akhlak Anwar selain yang paling
keji? Rasuah tiada, penyelewengan tiada. Maka liwatlah tuduhan paling berkesan
diluar norma amalan masyarakat sopan. Sejak Anwar dituduh sekeji itu, Malaysia
terus terhina dengan pelabagai keburukkan dan sial yang menimpa.