KENYATAAN MEDIA



*Kenyataan Media*

*21 Januari 2020*

*Syed Saddiq Ego, Dangkal Dalam Memahami Teguran Rakan Komponen Pakatan Harapan*

Saya mengambil maklum akan kenyataan yang dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mana beliau membidas beberapa pimpinan KEADILAN dan DAP berhubung isu peralihan kuasa.

Saya faham beliau selaku Ketua Armada BERSATU sudah tentu ingin mempertahankan Pengerusi parti beliau namun beliau perlu faham isu yang lebih besar.

Beliau seharusnya faham beberapa pimpinan KEADILAN dan DAP hanya menginginkan agar tarikh peralihan kuasa ditetapkan. Tarikh peralihan kuasa amat penting untuk ditetapkan bagi menjamin kestabilan kerajaan semasa dan bukan meminta Tun Dr.Mahathir meletakkan jawatan serta merta.

Kita sedia maklum Dato' Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail juga pernah ditawarkan untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14. Namun atas semangat muafakat Pakatan Harapan serta perjanjian yang telah dibuat beliau menolak tawaran berkenaan dan menepati janji seperti yang dimeterai dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan walaupun parti yang dipimpin Tun Dr.Mahathir hanya memenangi sedikit kerusi Parlimen.

BERSATU meminta kerusi Parlimen paling banyak untuk dipertandingkan iaitu 52 kerusi namun hanya memenangi 13 kerusi atau 25% dari keseluruhan kerusi yang dipertandingkan PPBM berbeza dengan KEADILAN yang memenangi 47 kerusi. Melalui keputusan ini saya ingin bertanya kepada Syed Saddiq di mana yang Syed Saddiq kata "democratically elected Prime Minister"? Yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada PRU 14 hanya adalah Pakatan Harapan sebagai parti untuk mengganti Barisan Nasional yang zalim kepada rakyat.

Jika KEADILAN, DAP dan AMANAH boleh menepati janji untuk mengangkat Tun Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 walaupun Tun Dr.Mahathir sebelum ini adalah seteru mereka, kenapa sukar untuk Tun Dr.Mahathir menunaikan janji peralihan kuasa kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kita tidak minta Tun untuk meletakkan jawatan serta merta tapi sekurang-kurangnya satu tarikh yang cukup untuk Dato Seri Anwar Ibrahim melakukan perubahan sistem selaku perdana menteri perlu ditetapkan.

Jika kita mengikut penilaian rakyat, kerajaan Pakatan Harapan dinilai sebagai 'gagal' dalam melaksanakan manifesto. Rakyat juga semakin tidak yakin Tun Dr.Mahathir akan menyerahkan kuasa kerana sering menangguhkan peralihan kuasa. Jika rakyat melihat berlaku pengkhianatan terhadap Dato' Seri Anwar bagaimana lagi rakyat ingin menaruh kepercayaan kepada kerajaan dalam melaksanakan janji-janji yang telah dibuat?

Syed Saddiq sepatutnya menghargai wakil rakyat rakan komponen BERSATU dalam Pakatan Harapan berani bersuara memberi peringatan kepada Tun Dr.Mahathir kerana ini bukan kerajaan Barisan Nasional yang mana pimpinan di bawah semua 'yes Boss' sehingga akhirnya pemimpin menjadi 'gila kuasa'.

Tun Dr.Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan juga seharusnya "get his house in order" bagi menarik keyakinan rakan komponen dan bukannya mencipta kontroversi seperti isu PAS akan bersama Pakatan Harapan dan menutup mata bila Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengadakan pertemuan di kediaman beliau bersama pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan urusan projek. Jika perkara ini Tun gagal kawal maka rakyat akan menilai Tun sebagai pemimpin yang gagal.

Syed Saddiq juga perlu mengelakkan dari mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan fakta sebenar apa yang berlaku seperti menyatakan Azmin Ali sebagai individu yang menjayakan penubuhan Pakatan Harapan sedangkan semua orang tahu Azmin la individu yang menentang keras penubuhan Pakatan Harapan dan ingin mengekalkan kerjasama dengan PAS. Malah Azmin Ali merupakan individu yang dengan jelas dan keras menantang keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan menamakan Tun Dr.Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Jika Syed Saddiq terus menjadi "penjilat" Tun Dr.Mahathir dan sombong dalam menerima teguran rakan pimpinan lain maka beliau gagal sebagai seorang Ketua Pemuda.

*Bryan Chua*
Naib Ketua AMK Malaysia
Ketua AMK Kota Kinabalu

No comments: