Masalah nelayan: Hj Hadi setuju dengan putar belit Umno?
Tindakan Umno menjemput Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Marang semalam, seolah-olah Ahli Parlimen Marang itu bersetuju dan merestui sikap serta tindakan kerajaan selama ini menangani masalah-masalah nelayan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Program Pelepasan Tukun ‘Ring To Reef’ (R2R) dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di perairan Pulau Kapas itu, semata-mata untuk menarik sokongan dan simpati penyokong Pas di Marang dimana komuniti nelayan telah di abaikan begitu lama.
Beliau melahirkan rasa simpati kepada Abdul Hadi kerana tela diperalatkan Umno untuk keuntungan politik dalam menghadapai pilihan raya akan datang.
“Saya sebenarnya bersimpati dengan Presiden Pas yang telah di ‘jemput’ oleh Umno untuk keuntungan politik.
“Mungkin Datuk Seri Hadi tidak dimaklumkan sepenuhnya masalah utama nelayan yang tiada pembelaan daripada kerajaan sewajarnya selama ini,” ujarnya lagi yang jelas kehadiran Abdul Hadi dalam program itu tidak diiringi pimpinan utama Pas lainnya dalam majlis diadakan itu.
Raja Bahrin berkata, beliau sebelum ini banyak kali membabitkan isu nelayan sehingga kerajaan menggunakan Persatuan Nelayan- Nekmat untuk menjawab soalan-soalan beliau di Parlimen, mengenai tahap kemiskinan nelayan yang sudah lama tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
“Kali ini kehadiran Presiden Pas pula di gunakan untuk “membantu” menangani isu-isu yang Umno telah gagal menyelesaikan begitu lama.
“Sebenarnya projek tukun tiruan itu tidak akan boleh mengatasi masalah sebenar nelayan tetapi hanyalah satu lagi “majlis sandiwara” Umno-BN untuk di kongsi dengan rakan baru “politik matang” Pas,” ujarnya .
Raja Bahrin berkata, jika R2R ini secara bersendirian tanpa tindakan penguatkuasaan dari Polis Marin, Jabatan Laut serta Jabatan Perikanan tidak akan memulihkan kepupusan sumber ikan laut di Terengganu.
“Walaupun secara teorinya sumber ikan akan bertambah, tanpa kawalan penguatkuasaan yang berkesan tetapi kehadiran nelayan nelayan Vietnam dengan bot yang jauh lebih besar dan peralatan yang lebih canggih akan mengaut keuntungan yang jauh lebih besar dari nelayan tempatan.
“Mereka akan menikmati hasil projek tukun ini sementara nelayan tempatan akan terus berputih mata.
“Saya menyatakan projek tukun ini akan hanya kekal sebagai simbol selagi masalah penguatkuasaan, bekalan minyak mencukupi untuk rondaan, tindakan tegas ke atas nelayan Vietnam yang bersalah, dan kesungguhan azam politik berterusan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini tidak diatasi terlebih dahulu,” ujarnya.
Katanya lagi, isu sama telah dikemukakan kepada beberapa Menteri dalam portfolio sama sebelum ini antaranya Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kini Shabery hanya sia-sia.
“Saya telah sangat mengharapkan sokongan di Parlimen membawa isu ini sejak beberapa tahun lepas dari ahli Parlimen lain, tetapi nampaknya minat hanya timbul pada musim pilihan raya.
“Menjelang pilihan raya Menteri baru kelihatan bersungguh-sungguh menangani isu ini yang sebelum ini hanya di pandang remeh.
“Isu ini tidak boleh di tangani secara bermusim.
“Islam menuntut Kerajaan yang memerintah bertanggung jawab menjaga nyawa serta harta benda rakyat terutama nasib nelayan tempatan apabila berhadapan dengan nelayan asing.
” Bukan hanya sumber ikan kita dicuri, tetapi perangkap ikan serta peralatan nelayan kita bernilai berbelas ribu di rosakan oleh nelayan Vietnam tanpa pembelaan pihak Kerajaan.
Justeru kata beliau lagi, nelayan adalah diantara golongan termiskin yang perlu pembelaan dan dakwanya lagi, bukan janji janji manis Menteri seperti projek ‘aquaculture’ ujarnya, yang menjanjikan pendapatan RM5,000 sebulan dalam masa 3 tahun menjelang tahun 2020 tetapi kajian dari Universiti Malaysia Terengganu menunjukka dapatan berbeza.
“Realiti kajian Universiti Malaysia Terengganu mendapati ramai nelayan Terengganu dengan pendapatan hanya RM400 sebulan. Ini termasuk di Teluk Ketapang, bersebelahan tempat Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman) dengan pendapatan kurang dari RM460 sebulan. Kerajaan hendaklah berhadapan dengan realiti kesusahan kemiskinan nelayan hari ini.
“Saya percaya penyokong Pas juga, turut merasa sedih melihat Presiden Pas di bawa ke majlis menempatkan tukun yang kononnya membela nelayan di Marang.
“Sedangkan Kerajaan banyak mengabaikan nasib mereka begitu ketara sejak sekian lama.
“Semata mata kerana sebagai gimik musim pilihan raya Presiden Pas dilibatkan Kerajaan dalam acara sedemikian. Adakah “politik matang” di jadikan politik ‘mengambil kesempatan’ ke atas rakan baru oleh Umno untuk “survival” Umno sendiri?,” soalnya. –