Jika pemimpin UMNO bersikap teliti dan tidak
semata-mata terkena renjatan letrik dengan ungkapan “gabungan korup”, tiada
apa2 yang pelik sebenarnya dalam ucapan Tony Pua itu….
UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT, TELITI DAN FAHAMI
DULU UCAPAN TONY PUA
Ternampak marah benar pemimpin-pemimpin UMNO
khususnya, dengan ucapan bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua
yang melabelkan BN sebagai gabungan korup.
Berdentam-dentum para pemimpinnya bersuara
menghentam pemimpin DAP berkenaan hanya dengan berdasarkan ungkapan gabungan
korup yang digunakannya itu.
Sebenarnya, jika kita teliti dan fahami
ucapan Tony Pua itu, tiada apa-apa yang ganjil dan pelik yang dilakukannya,
malah beliau menunjukkan kejujuran dan keikhlasannya kepada PH.
Antara lain, Tony Pua dalam ucapan di majlis
mengumpul dana bagi DAP itu lebih kepada luahan harapan supaya PH selepas ini
dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN, sekiranya mereka
menang dalam PRU16 akan datang.
Untuk itu, katanya, Anwar Ibrahim yang
dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat
berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak
korup seperti BN.
“Kena ingat kerajaan perpaduan sekarang ini
mudah retak bila-bila masa. Jadi penting untuk Perdana Menteri dan keseluruhan
kerajaan untuk terus berkhidmat.
“Anwar perlu menggunakan kesempatan ketika
menjadi Perdana Menteri untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia serta kepada
mereka yang tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti
berbilang kaum itu sebenarnya bersih dan tidak korup.
“Perlu tunjukkan supaya (rakyat tahu) ia jauh
lebih baik jika dibandingkan dengan (parti) berteraskan Melayu, parti
nasionalis Melayu seperti UMNO dan BERSATU.
“Kita sebenarnya boleh lakukan lebih baik
berbanding apa yang dilakukan oleh pakatan korup seperti BN, UMNO serta
BERSATU.
“Itu sebenarnya yang kita nak lakukan bila
kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang, untuk tunjukkan perbezaan.
“Bila kita berjaya, saya sangat yakin dalam
tempoh empat tahun (akan datang) apabila diadakan PRU, PH akan terima sokongan
besar daripada rakyat Malaysia.
“Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan
sendiri dan laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH
demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua,” katanya.
Berita penuh Tony Pua di sini –
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1118223/tony-pua-gelar-bn-pakatan-korup-harap-ph-bentuk-kerajaan-sendiri?fbclid=IwAR12jyjEnsGKedQ609FUvsaLOe81xSeyi6xTmkfvMD8k1WAjdZ6rbjpK22o
Apa dan di mana salahnya ucapan Tony Pua itu?
Memang benar beliau melabel BN sebagai
gabungan yang korup, namun sasaran ucapannya ialah kepada PH sekalian
penyokongnya serra juga kepada Anwar yang kini memegang jawatan Perdana
Menteri.
Labelnya kepada BN sebagai gabungan korup
adalah suatu ingatan kepada PH dan Anwar agar tidak membenarkan amalan rasuah
berlaku dalam kerajaan sebagaimana kita semua tahu kerana skandal rasuahlah
yang menyebabkan BN tumbang pada PRU14 lalu.
Secara tepatnya, Tony Pua hanya mahukan PH
lebih cemerlang di masa depan, mampu berdiri sendiri dan membuktikan politik
berbilang kaum yang diperjuangkan oleh PH selama ini adalah lebih baik untuk
negara ini.
Apakah itu sesuatu yang salah?
Bukankah selama ini pun begitu nada ucapan
semua pemimpin PH iaitu mahu PH mempunyai keupayaan mentadbir negara
berdasarkan keyakinan terhadap perjuangannya sendiri?
Apakah bila sudah bersama dengan kerajaan
perpaduan, pemimpin-pemimpin PH perlu toleransi atau lupa terhadap perjuangan
sendiri yang dibina selama ini?
Dalam konteks DAP dan PH, apa yang diucapkan
Tony Pua bukan saja tidak salah, malah sekadar ingin meletakkan kembali
perjuangan PH di landasan yang betul.
Lagi pula, bukan pelik dan salah bila beliau
melabel BN adalah gabungan yang korup kerana sejarah memang telah membuktikan
begitu.
BN kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu
skandal rasuah yang melibatkan Najib Razak dengan 1MDB dan kemudian BN kalah
lebih teruk lagi pada PRU15 lalu, antaranya ialah disebabkan gabungan itu
dipimpin oleh Zahid Hamidi yang masih ada kes perbicaraan rasuah di mahkamah.
Apakah BN mahu menafikan hakikat tersebut?
Tambahan lagi, tidak saja BN yang dilabelnya
korup, malah Bersatu yang disebabkan beberapa pemimpinya ada kes mahkamah turut
juga dilabel korup oleh Tony Pua.
Makna kata, Tony Pua adalah adil adalah
ulasannya dan tidak semata-mata menuduh BN saja sebagai korup.
Sebab itu, dalam mendepani isu ini, para
pemimpin UMNO mestilah bersikap terbuka dan sedar realiti di depan mata.
Teliti dan fahami sepenuhnya ucapan Tony Pua
dan bukan hanya melompat dengan ungkapan gabungan korup yang digunakannya.
Audien yang mendengar ucapannya ialah
penyokong DAP yang barangkali masih ada harapan bahawa PH mampu berdiri sendiri
di masa akan datang tanpa bergantung kepada sesiapa.
Ia barangkali sama saja dengan ucapan di
program UMNO yang mana ada pemimpinnya berucap mahu parti itu kembali berkuasa,
kembali menerajui kerajaan dan tidak lagi menumpang kepada PH yang dianggap
tidak berjiwa Melayu sepenuhnya.
Kalau pun ada salah Tony Pua ialah di sebalik
melabelkan BN sebagai gabungan korup, beliau agaknya terlupa pemimpin DAP Lim
Guan Eng juga masih termasuk dalam kluster mahkamah ketika ini.
Cuma, Anwar masih dikira baik kerana tidak
memberi Guan Eng jawatan dalam kerajaan sepertimana diberikannya kepada Zahid
Hamidi yang mengetuai BN. – ShahbudinHusin 24/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/