Tukar kerajaan: ‘Pemimpin PN hanya tahu susahkan rakyat’
Rakyat Malaysia telah melalui tempoh pemerintahan kerajaan PN yang menyaksikan banyak perniagaan gulung tikar, bunuh diri dan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga tinggal baki minimum.
Namun belum pun setengah tahun Kerajaan Perpaduan memerintah, PN mahu melancarkan pertukaran kerajaan sekali lagi untuk mereka memerintah ala tahun 2020 – 2022.
Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, ahli politik PN seharusnya berpada padalah menyusahkan kehidupan rakyat. Beri peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri baharu yang lebih cekap mentadbir ekonomi dan banyak idea mengurangkan kos hidup rakyat untuk memulihkan negara.
Katanya, tiada guna pertukaran kerajaan sekiranya rakyat mendapat kembali gaya pemerintahan Mahiaddin Yassin yang tidak cekap.
“Saya rasa ini juga yang disebut oleh Tuanku Agong berkali kali, bahawa kita tidak sudah sudah mesti ada pertukaran kerajaan bukan melalui saluran pilihanraya
“Jadi kerajaan ditumbangkan melalui penarikan sokongan dan sebagainya. Saya rasa kalau kita dapatkan pandangan umum pun, mereka telah serik dengan pertukaran begitu.
“Dalam hal ini kita tak boleh tengok dari sudut politik semata mata. Kita tengok dari sudut yang lebih besar, misalnya ekonomi,” katanya kepada Suara Keadilan.
Syed Ibrahim mahu PN mencontohi Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang pada 2020 – 2022 yang sanggup berunding dan menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan bagi menjamin ekonomi rakyat stabil dan mampu meneruskan hidup.
“Kita terbukti bersedia untuk bekerjasama sain MoU sehingga selesai penggal. Kemudian kita kata kita akan bertarung dalam pilihanraya
“Saya rasa tiba masanya tindakan tegas diambil atas kenyataan kenyataan yang bagi saya satu penderhakaan kepada titah Tuanku Agong ini.
“Naratif kononnya itu (pertukaran kerajaan) suara rakyat, tidak banar. Naratif lebih tepat ialah ini suara segelintir elit politik yang nak dapatkan kuasa semula menggunakan sentimen pelampau agama dan kaum,” katanya.
PN tegas Syed Ibrahim, lebih baik menumpukan kepada Pilihan Raya Umum ke 16 jika mahu melakukan perubahan.
Pertukaran kerajaan di tengah jalan, ujarnya, akan menyebabkan Malaysia tidak akan menjadi negara berpendapatan tinggi buat selama lamanya.
“Saya rasa kita tidak akan selama lamanya boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, cukuplah.
“Nak buat apa apa, pilihanraya akan datang silakan. Kalau sebelum itu (tukar kerajaan) itu adalah satu tindakan terkebelakang, menyebabkan rakyat bertambah susah,” katanya lagi.