Haim Hilman: Daripada Rizab Antarabangsa Kepada LRT Penang

Perkara asas belanjawan Kerajaan pun tak faham dan keliru tak payah nak memperbodohkan dan mengelirukan orang ramai Haim Hilman!
PENDAPAT, 5 Mei – Baru ni Haim Hilman bekas pakar motivasi Tiktok merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah cakap kenapa tak guna rizab antarabangsa BNM bernilai RM520 bilion untuk kekalkan peruntukan dalam Belanjawan 2026, hari ni dia cakap kenapa tak potong bajet LRT Pulau Pinang RM17 bilion pulak.
Mungkin dah sedar betapa dangkal hujah kenapa tak guna rizab antarabangsa BNM yang bertujuan untuk pelaksanaan dasar monetari negara oleh BNM kini dia beralih kepada LRT Pulau Pinang.
Pun begitu hujah kenapa tak potong bajet LRT Pulau Pinang juga sama dangkal dan cetek sama seperti kenapa tak guna rizab antarabangsa RM520 bilion.
Ini kerana peruntukan untuk projek LRT Pulau Pinang dengan siling RM16.8 bilion adalah peruntukan di bawah perbelanjaan pembangunan (DE) dan bukannya peruntukan perbelanjaaan mengurus (OE).
Dalam laporan berita pemotongan perbelanjaan Kerajaan yang dicadangkan oleh Perbendaharaan adalah khusus untuk perbelanjaan mengurus (OE) yang melibatkan item pembekalan dan perkhidmatan, pembelian aset dan pemberian kepada badan berkanun.
Pemotongan perbelanjaan tidak melibatkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Sekalipun bajet untuk LRT Pulau Pinang dipotong, bukannya ada lebihan hasil untuk Kerajaan mengekalkan perbelanjaan mengurus kerana projek LRT Pulau Pinang dibiayai melalui perbelanjaan pembangunan yang bermaksud dibiayai melalui pinjaman Kerajaan.
Perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai menggunakan hasil Kerajaan seperti hasil cukai dan bukan cukai dan tidak boleh menggunakan pinjaman atau hutang tertakluk kepada undang-undang iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang hanya membenarkan hutang Kerajaan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Hairan juga bekas profesor dan Naib Canselor universiti awam tak tahu perbelanjaan mengurus dibiayai menggunakan hasil, manakala sebahagian besar perbelanjaan pembangunan dibiayai menggunakan pinjaman atau terbitan bon dan sukuk.
Lagi satu, projek pembangunan seperti projek LRT Pulau Pinang hanya diberi peruntukan mengikut keperluan aliran tunai.
Maksudnya peruntukan RM16.8 bilion tersebut bukanlah dibelanjakan dalam tempoh setahun atau tahun ini (2026) serta merta tetapi secara berfasa sebagai contoh tahun ini untuk kos pengambilan tanah melibatkan perbelanjaan RM2 bilion dan selebihnya apabila pembinaan projek bermula perbelanjaan akan digunakan mengikut progress atau milestones projek tersebut.

Projek LRT Pulau Pinang dijangka siap pada penghujung 2031 bermakna RM16.8 bilion tersebut secara purata akan diperuntukkan selama 6 tahun dengan purata perbelanjaan RM2.8 bilion setahun.
Boleh faham ke Haim Hilman? Perkara asas belanjawan Kerajaan pun tak faham dan keliru tak payah nak memperbodohkan dan mengelirukan orang ramai.
Fokus pada negeri kamu tu sahajalah.
Oleh Syahir

No comments:
Post a Comment