PUAK KHAWARIJ NI, JANTAN BETINA SAMA SAJA.





 Aku di bulan Ramadhan ni memang seboleh mungkin cuba kurangkan menghadap media sosial. Tapi bila sesekali bukan media sosial, terkedu aku melihatkan perangai walaun yang habis 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.


Aku jadi terfikir. Di saat Allah ﷻ menjanjikan balasan pahala yang berlipat kali ganda kepada setiap ibadah yang dibuat dalam bulan Ramadhan, beginilah caranya walaun 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 bulan yang penuh barokah ini? Sampai tertonjol sifat kebodohan mereka.


Contohnya posting ini. Entah apa di dalam benaknya hingga boleh bandingkan 𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵 yang dibawa oleh penjajah British dahulu dengan 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴? Takkanlah dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 langsung?


Pertama, ketika British bawa pokok getah dulu, tak ada sesiapa yang 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗺 pokok itu di negara kita. Jadi tentulah perlu dikaji kesesuaian tanah, iklim dan sebagainya. Sebab takut nanti hasil dituai tak seperti yang diharapkan.


Lagipun, masa tu tak wujud lagi agensi seperti 𝗥𝗜𝗦𝗗𝗔, 𝗠𝗔𝗥𝗗𝗜 dan sebagainya. Internet pun takde. Sekarang ini maklumat semua di hujung jari. Teknologi meliputi segala hal. Dah tentulah masa untuk kajian itu dah jadi pendek. Takkan itu pun tak reti?


Aku pun tak faham apa yang walaun 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 dengan usaha Abang Mad untuk mengatasi masalah keterjaminan makanan. Padahal sekiranya ini berjaya, yang dapat faedahnya adalah kita semua. 𝗧𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 juga. Atau walaun ni rakyat asing?


Ada yang kata Abang Mad ambil kredit menteri lama. Kerja ini dah dimulakan sebelum ini lagi. Aku tak pasti. Tapi kalau betul ia telah dimulakan sebelum ini lagi, kenapa masalah ini 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 bahkan 𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 ketika zaman 33 bulan dahulu?


Apa yang kita mahukan daripada menteri kita adalah 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 untuk atasi segala masalah yang ada. Dan itu tak nampak pun berlaku 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dulu. Tak kira siapa bawa benih bawang. Yang penting siapa yang selesaikan isu yang membelenggu rakyat.


Ketika Kerajaan Perpaduan terbentuk, kita diselubungi begitu banyak masalah yang berpunca daripada 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗿𝘂𝘀 oleh kerajaan sebelumnya. Hari ini satu persatu masalah itu kian selesai. Tapi walaun bukan bersyukur bahkan menghina dan memutar belitkan fakta.


Bila hati tu dah 𝘀𝗲𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝗯𝗼𝗻𝘁𝗼𝘁 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶, memang takkan nampak kebaikan orang. Begitulah bila mata hatinya telah dibutakan dan akalnya mati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.