KALAU ADA MP TARIK SOKONGAN TAK SALAH MAKA YANG SOKONG JUGA TAK SALAH.

 



Ini kelakar. Ada pemimpin Bersatu kata tindakan MP tarik balik sokongan terhadap PM tak boleh dianggap khianat kerana dibenarkan oleh perlembagaan.


Ok. Kalau macam tu tindakan MP Bersatu sokong PM bukan khianat la kan? Macam dia kata, setiap MP berhak nak sokong siapa yang mereka suka. Dah tu kenapa meroyan hari tu?


Boleh tu memang boleh. Tapi nak buktikan PM hilang sokongan cuma dengan undi tak percaya. Kena buat usul di parlimen dulu baru boleh cerita tentang ini.


Sebab sekarang dah ada Akta Anti Lompat Parti. Tak boleh dah sesuka hati nak kumpul SD dan persembah kepada YDP Agong. Melainkan kalau DS Anwar letak jawatan.


Barang diingat juga ada MoU di kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Mana-mana MP yang mengundi perkara yang boleh memberi kesan pada keabsahan kerajaan, dia akan dikira telah mengosongkan kerusi.


Bermakna, kalau ada undi tak percaya dan ada antara MP kerajaan sokong undi tersebut, maka kerusi MP itu dikira telah dikosongkan dan PRK akan diadakan.


Selain itu, MP yang tinggalkan parti akan perlu bayar RM10 juta (Keadilan) dan RM100 juta (UMNO). Bukan kecik anak punya duit tu. Ada yang sanggup bayar ke?


PN ni cukup-cukuplah cakap soal tebuk atap tu. Cuba jadi MP yang bertanggungjawab. Parlimen PN banyak masalah sekarang ni. Cuba tumpu pada rakyat.


Ini tak. Tak habis cerita pasal kuasa. Rakyat parlimen sendiri kena banjir dia tak peduli. Kalau macam ni perangai, hancur negara. Cukup la wei. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: