Kesatuan Wartawan Semenanjung Malaysia tak puas hati dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil yang tentang sebuah posting oleh akhbar BH yang dikatakan perlekehkan laporan oleh akhbar tersebut.
Menurutnya, ia adalah amalan biasa media negara ini. Kenyataan Fahmi seakan menyekat kebebasan akhbar di Malaysia dan memberi persepsi negatif terhadap media.
Ok. Pertama sekali, menyiarkan berita yang kurang tepat itu adalah amalan biasa? Pelik! Mana pergi etika kewartawanan? Adakah wartawan kini lebih kejarkan sensasi berbanding kebenaran? Berita ekonomi, jangan dibuat macam berita hiburan.
Kesan berita begini boleh mengganggu pelaburan selain menimbulkan rasa tak tenteram di kalangan rakyat. Cara posting itu ditulis seolah Bank Negara telah buat keputusan untuk naikkan OPR sedangkan itu hanya pandangan dan analisis pakar.
Bukankah boleh dibuat tajuk "Pakar Berpendapat OPR bakal dinaikkan pada Jun tahun ink.". Begitu kan lebih jelas. Tapi mengapa sengaja dipilih tajuk yang seolah mengundang kecaman rakyat terhadap kerajaan? Memang niatnya begitu ke?
Kedua, NUJM kata kenyataan Fahmi boleh undang persepsi negatif terhadap wartawan. Eh tahu pulak dia! Tak mahu persepsi negatif terhadap wartawan tapi wartawan sendiri bebas cipta persepsi negatif terhadap kerajaan? Mana belajar ni?
YB Fahmi Fadzil tak perlu risau. Apa yang YB buat adalah yang sewajarnya. Kenyataan NUJM buktikan yang etika kewartawanan negara kita sudah rosak teruk. Itu pun kalau nak berpandangan baik lagi. Kalau nak ikut pandangan kami, kami lebih percaya akhbar kita dikuasai oleh pembangkang.
Kebebasan berita bukan bererti bebas buat cerita. Kebebasan yang diberikan adalah dalam mengkritik kerajaan, dengan data dan fakta. Bukan memfitnah gunakan auta. Lepas ni, wartawan Malaysia silalah buat tajuk berita yang menggambarkan kebenaran. Tak payah nak kejar sensasi sangat. Akhbar jangan dibuat macam majalah hiburan. Guane boh?
Raja Gelap
.