KEH..KEH...PADAN MUKE REGA BARANG NAIK- TANYALAH KERAJAAN MELAYU ISLE ATAU MENTERI KPDNKK SEDANG LENA



BARANG NAIK

1. Kalau diperhatikan di media sosial, ramai yang mengeluh harga barang naik. Ayam tiada dalam pasaran dek kerana penguasaha ayam seolah-olah mogok dengan Kerajaan. Ikan dan daging pulak nauzubillah, harga dah sampai level kayangan.

2. Seperti biasa, pentaksub parti politik, kalau rakyat marhein mengeluh, mana yang pro Kerajaan akan defend Kerajaan habis-habisan. Tambahan pula peranan cybertroopers, seboleh2 akan tenggelamkan isu dan maki siapa pun yang berani bersuara lain daripada mereka.

3. Cytro2 politik jenuh berperang di media sosial. Yang blok Kerajaan bangkitkan “masa kerajaan Pakatan Harapan pun harga mahal”. Yang blok Pembangkang pula akan kecam berjemaah, “Kerajaan sekarang tak boleh pakai”.

4. Sebagai pengundi yang TIDAK hyperpartisan atau taksub parti, kita pun pening melihatnya. Tak tahu mana satu nak percaya.

5. Pesan saya kepada pengundi atas pagar. Data tak pernah menipu. Kalau nak tahu mengenai harga barang, kita hanya perlu tengok data mengenai inflasi negara. Data Inflasi ini menilai kuasa beli pengguna. Kalau tinggi nilai inflasi maknanya, harga barang menaik. Kalau rendah maknanya harga barang menurun. Simple kan?

6. Makanya, saya rujuk data daripada website Bank Dunia/ World Bank. Bank data paling berkaliber yang kita boleh rujuk. Ia juga jadi rujukan kebanyakan ahli ekonomi. Marilah kita bandingkan prestasi PH dengan BN dulu dan sekarang.

https://data.worldbank.org/indicator/FP.CPI.TOTL.ZG...

https://www.worlddata.info/asia/malaysia/inflation-rates.php

7. PH memerintah dari tahun 2018-2020. Ini merupakan kadar inflasi negara ketika itu:

2018: 0.88% (berbanding purata inflasi dunia 2.44%)

2019: 0.66% ( Dunia: 1.81%)

2020: -1.14% (Dunia: 1.23%)

Ini menunjukkan kadar inflasi masa zaman PH memerintah Malaysia lebih rendah daripada purata inflasi kebanyakan negara di dunia. Secara langsung menunjukkan, harga barang rendah ketika PH memerintah Malaysia.

8. Mari kita lihat pula data sebelum itu, ketika zaman Kleptokrat memerintah Malaysia

2014: 3.14% (Dunia 2.35%)

2015: 2.10% (Dunia 1.43%)

2016: 2.09% (Dunia 1.55%)

2017: 3.87% (Dunia 2.19%)

Ini menujukkan apa tuan puan? Gebang harga barang murah ketika Penyamun memerintah Malaysia hanya sembang kencang. Data menunjukkan kadar inflasi Malaysia lagi teruk daripada kebanyakan negara di dunia.

9. Tahun 2021, ketika kerajaan BN memerintah negara semula, kadar inflasi dari sekitar bawah 1% (hanya 0.66 tahun 2019) sudah naik ke 2%. Tahun 2022 dan 2023 dijangka naik ke 2.2%-3.2% pula.

10. Makanya, dari segi prestasi mengatasi kenaikan harga, data menunjukkan prestasi PH lagi baik. Ketika tahun 2018-2019 pun kita dapat merasa sendiri, harga barang ketika musim perayaan yang terkawal. Menampakkan Menteri buat kerja.

11. Ya, pentaksub dan cytro politik akan buat pelbagai propaganda. Masa zaman lawan dia memerintah, meroyan sakan kalau harga naik sekupang. Tapi bila geng dia memerintah, dia suruh pulak rakyat bersyukur apa ada. Kalau ayam mahal, makanlah ikan kata mereka pula...

12. Kita sebagai pengundi kena selalu beringat. Jangan termakan propaganda. Saya selalu katakan, sebagai pengundi, peranan kita adalah sebagai HAKIM bukan penyokong zombie.

13. Kerja kita, pilih yang mana baik untuk NEGARA. Bukan hanya untuk satu bangsa dan agama. Bila memilih, kita tengok semua data yang ada. Bandingkan dengan bijaksana. Tengok merit dan demerit mereka.

14. Bila tiba pilihanraya, barulah kita tunjukkan kuasa kita.

Walluhu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

No comments: