Mak nyah sertai perbarisan
KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri
pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi
mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.
Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.
Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.
"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.
“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.
Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.
Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.
“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.
“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.
Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.
“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.
“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.
Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.
“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

LIHAT APA KOMEN UNTUK PENGUNJUNG
- Top commenter · Shah Alam, Malaysia
Lelaki berwatak pompuan adalah haram dan sebaliknya...
Jgn leka sehingga mengundang bala dari ALLAH..!
Syed Munir · Top commenter · UTS: University of Technology, Sydney
Mohd Yazan - tidak menidakkan hadith tersebut, tetapi akhir zaman ni berbagai jenis munafiq - lelaki yg nampak lelaki dan tak menyerupai/berwatak perempuan dan asyik bercakap pasal agama pun ramai - padahal dlm senyap2 mereka sendiri terlibat dlm aktiviti seks songsang... luaran ustaz, dalaman setan - lagi kejiReply ·
· 17 hours ago
Mitch Yusmar Yusof · Top commenter · Works at PT Foundation
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. "
(Surah al-Hujurat ayat 11)
Husmira Hussin · Top commenter · Investor Consultan at Bussines Strategy
bukan masalah persepsi..tapi masalah HUKUM
Mohamed Hizami Mohamed Nor · Manager at (iMC) i Micro Computer Sales & Services
Kurang didikan agama ni jadi mcm ni.. Peminpin kene banyak belajar agama sebelum menjadi seseorg peminpin..Reply ·
· 23 hours ago
Raja Mohd Shahrim · Top commenter · 4,658 subscribers
Kenapa PERKASA tak bantah..?? sebab ni idea kjaan negeri tajaan UMNO... baik ditubuhkan sayap baru.. Mak Nyah UMNO...
Maya Zulkarnain · Works at Universiti Malaysia Sabah
golongan sebegini mmg x harus dipinggirkan tp..mereka harus dibimbing/ditarbiah utk jadi manusia normal.hanya dgn pendekatan 'agama'! bukan dgn cara memberikan peluang menyertai perbarisan persis peragawati.seolah-olah kita menghalalkan mak nyah berlaku dlm masyarakat kita..
Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
pakai baju kemeja dan juga sluar slack hitam....Reply ·
· 18 hours ago
Muhammad Adzam Abdullah · Works at Facebook Engineering
"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat,Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid..haihh=.='
Tolakumno Tolakbn · Top commenter · University of Oxford
kalau kerajaan pr yang buat mcm ni agak2 apa kata orang umno..
Suhairi Abas · Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli
Rasanya media umno menyalak mcm anjing gilaReply ·
· 12 hours ago
Nazeem Sayyed
Macam ni lah, biarlah pihak DIC dengan cara mereka mengubah golongan ini, mungkin dengan cara mereka golongan ini akan sedar akan kesilapan mereka, dan kita pula cuba ubah mereka dengan cara kita, tak perlu menghina mereka cukup sekadar mengucapkan sebaris dua ayat Al Quran tentang golongan yang dilaknat oleh Allah pada mereka, kita juga boleh mengajar mereka melalui laman2 sosial ni kerana golongan ini banyak di dalam laman2 sebegini.. So mari sama2 kita berusaha untuk mengubah mereka dengan cara masing2 .. Semoga Allah sentiasa kita dalam memerangi kemungkaran dan kesesatan ini..
Deng Vietnam · Top commenter · Global Fund NSEP O/W Personnel at KCT NSEP
(Y)Reply ·
· 12 hours ago
Zulu X-Ray Mike · Top commenter · Ham Radio
aduhai.. malaysia oh tanah airku.. kenapa perkara sebegini terjadi.. apa yg nak dibanggakan sgt dengan maknyah ni? p nyah la korang weh.. weh.. bertaubat la.. korang tu lelaki.. hukumnya adalah haram menyerupai wanita.. bertaubatlah seblum nyawa korang di cabut.. kepada pihak jabatan agama.. harap anda dapat mengambil tindakan terhadap golongan maknyah ni.. dah semakin berani depa ni.. siap sertai perbarisan kemerdekaan plak..
Lia Nani · SMK Seri Dungun · 170 subscribers
bukn mmbangga2kan tp mereka juga manusia sperti kite yg seringkali tersalah langkah jatuh tersungkur.....dan adalah hak mereka jika pintu hati mereka sudahpun terbuka utk perubahan dr maknyah utk mnjadi lelaki dan kite wajib bantu merek2 ini buknnye menunding jari menuduh org itu yg salah dan juga org ini yg salah.....
Ayie Genting · Top commenter · SM SRI INTAN
pangilan pun mak nyah.. nyah tu aper maksud nyer..??Reply ·
· 19 hours ago
Zulu X-Ray Mike · Top commenter · Ham Radio
Lia Nani hahaha nk tergelak bc komen anda ni.. sy x marah klau mereka nk berubah.. tetapi hakikatnya cuba anda bc artikel dr sinar tu.. mereka ni nk menyertai perbarisan sebagai pondan.. bkn mereka hendak berubah.. hahah.. bc bebetui dulu semua yg tertulis.. sy ni klau depa bebetui nk berubah.. syukur alhamdulillah.. tetapi hakikatnya adalah amat menyimpang.. mereka mahu mereka diterima dgn diri mereka yg pondan tersebutReply ·
· 18 hours ago
Zahri Sulaiman · Banting
Apakah jenis pakaian, cara penampilan mereka dalam acara tersebut. Kalau berpakaian lelaki dengan kemas dan sempurna, saya rasa bolehlah diterima. Kalau mereka berpakaian, menampilkan diri dan bersolek seperti wanita saya rasa sangat tidak sesuai.