JATI AGEN UMNO: HASAN DIPERALAT MENJELANG PRU 13
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak tidak terkejut dengan majlis pelancaran atau perasmian Badan Bukan Kerajaan yang dinamakan dengan Jalur Tiga atau “JATI” di Bandar DiRaja Kuala Kangsar baru-baru ini..
“Pemilihan Kuala Kangsar kurang tepat untuk perasmian JATI, sepatutnya ianya berlangsung di Gerik di mana parti Umno pernah menggadai kerusi Parlimen Kawasan Gerik yang majoriti pendududk berbangsa Melayu kepada Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008.
“Tetapi apa yang kami sungguh kesal adalah, Persiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali melemparkan satu tuduhan berat yang menggambarkan kepada rakyat bahawa PR menolak tiga elemen utama di dalam Perlembagaan Negara berkaitan IMR.
“Datuk Hasan cuba menghasut rakyat dengan melemparkan satu tuduhan fitnah dan amat membahaya dalam negara kita. Jika mana-mana pihak yang menafikan kepentingan IMR ini dan ianya bermakna menolak apa yang ada di dalam Perlembagaan Negara selama ini,” katanya.
Menurut Raja Ahmad isu IMR yang dimainkan Jati amat jelas mempunyai agenda politik jahat yang memfitnah PR sedangkan tidak ada satu dasar seumpama itu akan dilaksanakan oleh gabungan pembangkang.
“Kami melihat Datuk Hasan menggunakan ‘lesen’ IMR ini bagi memastikan rakyat menolak PR dan secara halusnya ianya memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Kami melihat usaha Datuk Hasan tidak lain dan tidak bukan ingin memastikan BN akan menang serta memastikan PR akan tumbang di atas tiga fokus tersebut dan rakyat akan menolak PR kelak dengan cara tersebut. Kami yakin JATI dan Datuk Hasan kini sebahagian daripada BN bagi memastikan PR akan tumbang pada PRU 13 nanti.
“Kami ingin turut mempersoalkan, bagaimana JATI yang kini menjelajah seluruh negara bergerak dengan keadaan ‘luar biasa sekali’? Siapa yang ‘memudahkan’ JATI dan Datuk Hasan menjelajah ke seluruh negara? Siapa menjana kewangan JATI yang terlalu besar?
“Kami meminta agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) agar menyiasat bagaimana JATI mampu bergerak jauh sedangkan ianya baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Siapakah dibelakang JATI dan Datuk Hasan akan diketahui jika ianya didedahkan kelak,” tambahnya yang menjawat Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar