MAHASISWA KUTIP DERMA BANTU RAKAN.KES SEBUT 13 JULAI


Masiswa mengadakan tindakan mengutip derma bagi membantu rakan mereka yang ditahan polis.Menurut maklumat yang diterima,



Pengawal Keselamatan Universiti Malaya telah dipaksa menyerahkan kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di universiti tersebut kepada pihak polis tanpa melalui kebenaran dan makluman pentadbiran universiti.



Kenyataan tersebut dinyatakan oleh seorang pegawai yang tidak mahu namanya disebut dalam satu temuramah tertutup.



Contengan yang berlaku di Akademi Pengajian Islam dijumpai oleh seorang pegawai keselamatan pada jam 3.00 pagi, ujar pegawai tersebut lagi.



Suspek pertama Mohamad Izzuddin Hilmi ditahan oleh pengawal keselamatan pada jam 6 pagi. Beliau dipercayai dilihat dalam keadaan meragukan kerana berlegar-legar sekitar akademi tersebut.



Namun, beliau telah dibawa ke Balai Polis cawangan Brickfield bagi siasatan. Kemudian, kira-kira jam 7.30 pagi, tertuduh dilihat dibawa oleh polis bagi membuat pengecaman tindakan contengan tersebut.



Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna oren sambil digari polis dipercayai mengaku melakukan tindakan tersebut di hadapan contengan protes berkenaan.



“Mengikut kronologi kes, ditahan jam 6 (pagi) dan dibawa ke tempat kejadian (APIUM) jam 7 (pagi), dan didakwa mengaku di khalayak ramai selepas (membuat) pengecaman, bagi saya ada sesuatu yang perlu diperhalusi,”ujar seorang pemerhati dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang ditanya tentang kes ini.



Beliau memaklumkan lagi bahawa berlaku sesuatu yang mencurigakan apabila hanya selepas satu jam ditahan, tertuduh telah dibawa ke tempat kejadian bagi membuat pengakuan.

“Apa motif polis sebenarnya meminta OKT (Orang Kena Tuduh) untuk buat pengakuan di hadapan contengan tersebut,”tambah beliau lagi.




Keraguan juga ditimbulkan beliau apabila selepas sejam penahanan, tertuduh terus dibawa oleh pengawal keselamatan kepada pihak polis tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Unit Tatatertib universiti berkenaan.



Sumber lain menyatakan kertas laporan pihak Polis berkenaan keterangan penuh kes dipegang oleh seorang pensyarah kanan akademi tersebut, Profesor Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman sejurus selepas sejam tertuduh ditangkap.




Dipercayai tindakan awal Pengawal Keselamatan membawa kes tersebut kepada polis bertentangan dengan Status Universiti yang menyediakan undang-undang terperinci selepas Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).



Dalam pada itu, penasihat undang-undang Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Puan Thanavathi K. Krisnan dan Ketua Panel Penasihat bagi Unit Tatatertib Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Ruzman Md. Noor cuba dihubungi tetapi gagal.




Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - kedua-duanya pelajar API - dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.



Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.



Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

No comments: