Kebangkitan rakyat Perak yang berlaku selepas sembahyang Jumaat di masjid Ubudiah dilihat sebagai satu tindakan memprotes para ahli dewan undang negeri Umno mengangkat sumpah pada petang 6hb Jumaat lepas di istana Bukit Candan .Kebangkitan yang tidak disangka-sangka itu tidak di pimpin oleh sesiapa kecuali kehadiran 3000 jemaah anak negeri Perak yang hadir bersembahyang Jumaat dan cuba merayu kepada Baginda Sultan Perak agar mempertimbangkan semula kehendak kebanyakkan rakyat untuk diadakan semula pilihanraya yang diangggap sebagai satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi.
Umum mengetahui bahawa penghijrahan dan pembentukan semula kerajaan negeri adalah tidak sah di ketika kerajaan Pakatan Rakyat masih memegang tampuk kuasa selagi dewan Undangan negeri belum membuat undi tidak percaya kepada kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar atau pembubaran dewan Undangan Negeri.
Kejadian kebangkitan rakyat ini adalah sebagai membantah pengambilalihan kerajaan negeri secara tidak bermoral dan Umno membawa pihak istana ke kancah politik dan ini sudah tentulah membabitkan pihak istana kedalam kancah politik di negeri Perak dan Malaysia amnya.Menggunakan kuasa polis untuk mencapai matlamat dilihat seringkali digunakan oleh pemerintah untuk mencapai maksud dan inilah yang menyebabkan rakyat merasakan bahawa pilihanraya adalah jalan yang seadil-adilnya bagi menyelesaikan kemelut negeri Perak.
Kebangkitan dan kejadian di masjid Ubudiah adalah permulaan kerana ianya akan lebih membara jika perasaan ketidakpuasan hati rakyat tidak diambil kira.Kejadian rakyat tidur di jalanraya bagi menghalang kenderaan dan kekerasan pasukan FRU tidak dapat menyelesaikan masaalah untuk jangka panjang demi kedaulatan rakyat yang menjunjung dan menghormati pihak Istana.Rakyat Perak hanya mahu perubahan di lakukan dengan seadil-adilnya iaitu dengan cara mengadakan pilihanraya dan bukannya pilihan jalanraya.Namun tidak mustahil ianya akan berulang jika jalan penyelesainnya ialah dengan membentuk kerajaan secara tidak mengikut lunas-lunas demokrasi iaitu membiarkan rakyat menentukan.
TEMAN NAK SALAH FRU PUN IDAK.KOJE YOP.NAK SALAH DEME PUN UDAH UNDANG-UNDANG GITU.
LAPORAN INI LEWAT DI SIARKAN .PIHAK BERKUASA MEMBERI KERJASAMA KEPADA PARA WARTAWAN. TERIMA KASIH.