Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang dibentuk





3 Januari, BAYAN BARU - Parti-Parti Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyatakan persetujuan rasmi membentuk Majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (MPR) hari ini.
Majlis ini terdiri dari setiap 7 orang pegawai dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam sesuatu mesyuarat yang akan dipengerusikan secara bersama.





Kesemua pemimpin negeri Pengerusi Perhubungan Keadilan Pulau Pinang, YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim, Pengerusi DAP Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow dan Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ust Mohd Salleh Man hadir memberikan komitmen terhadap penubuhkan sekretariat yang dibentuk sehinggalah MPR tersebut mampu membina kekuatannya.
Secara interim, sekretariat bagi MPR ini akan beroperasi di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya.





Wakil NGO bakal berubah





Menurut Dato' Zahrain, MPR yang bermesyuarat hari ini sependapat bahawa prestasi dikalangan wakil-wakil NGO dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kurang memuaskan.





"Penglibatan NGO sebelum ini kurang baik, bagaimanapun kita akan kekalkan peranan serta jumlah NGO sebagai ahli-ahli majlis perbandaran namun tempat tersebut akan diperuntukan kepada NGO-NGO yang menunjukan minat" tambah Zahrain serta menafikan akan mengurangkan khota untuk NGO-NGO dalam majlis perbandaran kerana persetujuan awal semenjak kemenangan Pakatan Rakyat di negeri ini masih belum berubah.





Menurut Chow mesyuarat MPR hari ini tidak mendedahkan nama-nama ahli-ahli majlis yang akan dilantik untuk tahun ini, bagaimanapun akan dimaklumkan sebelum majlis angkat sumpah yang akan diadakan dalam bulan ini.



Kesemua pemimpin komponen MPR ini menyatakan akan berlaku sedikit perubahan dan pengekalan dikalangan ahli-ahli majlis yang bakal dilantik.





Lantikan politik YDP





Chow turut menyatakan bahawa MPR menerima cadangan untuk mengantikan Yang Di-Pertua (YDP) majlis perbandaran yang dilantik oleh Kerajaan Pusat, apabila mesyuarat MPR hari turut berpendapat bahawa selain kuasa mutlak yang terletak kerajaan negeri melantik seseorang YDP serta keserasian dan perlaksanaan dasar yang dihadapi.





Chow turut menambah adalah wajar pemilihan YDP dikalangan tokoh-tokoh politik dibuat dan sejajar dengan konsep pilihanraya dalam kerajaan tempatan (local council election), pihaknya akan maklumkan keputusan berkenaan lantikan YDP dengan kadar segera.



Pegawai daerah dan pegawai kerajaan akan dijemput



Selain itu, Dato' Zahrain menjelaskan bahawa mesyuarat MPR turut bersetuju mengantikan kapasiti Pegawai Daerah sebagai ahli-ahli majlis perbandaran.



"Kesibukan dan kehadiran Pegawai Daerah dalam setiap mesyuarat penting telah dikaji, malah peranan mereka selama ini sebagai pegawai kerajaan adalah badan pelaksana" jelas Zahrain.
Beliau turut menambah keperluan Pegawai Daerah akan digantikan sebagaimana kehadiran pegawai-pegawai kerajaan yang lain seperti polis yang turut dijemput dalam sidang Dewan Undangan Majlis Perbandaran.



Terdapat 3 Pegawai Daerah mewakili MPSP manakala 2 Pegawai Daerah mewakili MPPP, kekosongan jawatan ahli majlis tersebut akan digantikan dengan lantikan politik.






No comments: