Harlizam Ali
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat, USS Milius, dilaporkan mengalami kebakaran besar selama hampir tujuh jam selepas ruang enjinnya terkena serangan peluru berpandu yang didakwa dilancarkan dari arah Iran.
Menurut laporan yang beredar di beberapa sumber ketenteraan tidak rasmi, peluru berpandu tersebut mengenai bahagian enjin kapal, menyebabkan saluran bahan api pecah dan mencetuskan kebakaran besar di dalam kapal. Api dilaporkan merebak dengan pantas ke beberapa kompartmen utama ketika kapal berada dalam operasi di perairan konflik.
Insiden itu dikatakan mengorbankan kira-kira 20 anggota tentera laut Amerika. Pasukan kru kapal dilaporkan terpaksa bertungkus-lumus mengawal kebakaran bagi mengelakkan api daripada mencapai ruang penyimpanan peluru dan sistem persenjataan kapal.
Dalam keadaan kritikal itu, komander kapal USS Milius dilaporkan membuat keputusan segera untuk melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke arah sumber serangan. Hanya beberapa minit selepas kebakaran tercetus, sistem pelancaran kapal diaktifkan bagi menyerang kedudukan yang dipercayai sebagai bateri peluru berpandu Iran.
Dalam tempoh kira-kira 30 minit operasi balas, lebih 20 peluru berpandu Tomahawk dilaporkan dilancarkan dari kapal tersebut. Sasaran yang didakwa diserang termasuk tapak pelancaran peluru berpandu, pusat koordinasi operasi, depot peluru dan sistem radar yang dipercayai menyokong serangan ke atas kapal Amerika itu.
Serangan balas tersebut dilaporkan memusnahkan beberapa kemudahan ketenteraan Iran di kawasan sasaran.
Insiden USS Milius kini menjadi satu lagi episod dramatik dalam konflik yang semakin memuncak antara Iran dan pakatan Amerika–Israel di Asia Barat, sekali gus menunjukkan bahawa rantau tersebut kini sedang diuji secara terbuka oleh kuasa yang semakin berani mencabar hegemoni Washington.

No comments:
Post a Comment