650 askar Amerika mati, cedera pada 2 hari pertama perang, dakwa Iran

 







Iran mendakwa, kira-kira 650 askar Amerika terbunuh atau cedera sepanjang dua hari pertama sahaja perang antara Iran dengan Amerika dan Israel, kata Ibu Pejabat Pegawal Revolusi Iran.

Bagaimanapun angka ini disanggah oleh Amerika tetapi mengesahkan ramai juga tenteranya yang mati dalam perang ini.

Sekurang-kurangnya enam anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh ketika operasi selepas AS dan Israel mula mengebom Iran pada Sabtu, menurut pihak tentera Amerika.

“Pasukan AS baru-baru ini menemui kembali mayat dua anggota yang sebelum ini tidak dapat dikesan dari sebuah kemudahan yang diserang ketika serangan awal Iran di rantau ini,” kata U.S. Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan.

“Operasi pertempuran utama masih diteruskan. Identiti anggota yang terkorban tidak akan didedahkan sehingga 24 jam selepas ahli keluarga terdekat dimaklumkan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikrar untuk membalas kematian tiga anggota tentera AS yang terkorban dalam konflik yang semakin memuncak dengan Iran.

Dalam satu video yang dimuat naik di platform Truth Social, Trump menyifatkan anggota yang terbunuh itu sebagai “patriot sejati” dan memberi amaran bahawa lebih banyak korban mungkin berlaku.

“Amerika akan membalas kematian mereka dan memberikan tamparan paling dahsyat kepada pengganas yang telah mengisytiharkan perang,” katanya dalam kenyataan itu.

Israel dan Amerika telah mula menyerang Iran pada 28 Februari lalu yang mengakibatkan sejumlah pemimpinnya meninggal termasuk Ayatullah Khomeinie dan keluarganya.

Ekoran itu, Iran telah membalasnya dengan menyerang Israel dan hampir kesemua pengkalan tentera Amerika di rantau itu yang menyebabkan kematian anggota tentera dan juga kemusnahan besar kepada asset yang dimiliki Amerika dan Israel.




No comments: