PEJUANG HIDUNG TIDAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG

 







Kenyataan Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya yang menyebut kesediaan Pejuang menerima 'khemah besar' bersama PH tetapi tanpa Anwar Ibrahim, bagi saya ibarat 'hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong".

Anwar Ibrahim adalah satu nama yang paling ditakuti oleh pengamal rasuah dan mereka yang memuja kapitalis. Tidak pelik jika orang seperti Mahathir, Mukhriz atau Marzuki amat takut dengan sosok tubuh ini. Mahathir terkenal sebagai seorang yang suka melindungi perasuah asalkan mereka menyokongnya. Mahathir melawan perasuah yang tidak mahu ikut telunjuknya. Pelik apanya jika Pejuang tidak mahu terima Anwar?

Sepertimana yang dijelaskan oleh SUA Dap, Anthony Loke bahawa sebarang kerjasama bersama PH mestilah menerima hakikat Anwar Ibrahim adalah Pengerusi PH dan calon PM. Amanah juga sering mengulang perkara yang sama. Sehubungan itu, parti Pejuang boleh mencari gabungan lain yang boleh menerima Mahathir atau anaknya Mukhriz sebagai PM. Saya tidak fikir ada parti lain sebodoh itu untuk menerimanya.

Anwar Ibrahim sejak dahulu dihormati di dalam dan di luar negara. Sebarang usaha untuk menjatuhkan kredibiliti beliau samada dari dalam parti atau dari luar, pasti akan gagal. Mahathir hanya boleh penjarakan Anwar tetapi tidak mampu menjatuhkan kredibilitinya. Mahathir hanya mampu sekat Anwar dari naik menjadi PM hanya dengan melakukan satu tindakan khianat yang paling celaka dimata rakyat iaitu meruntuhkan kerajaan PH, kerajaan yang mengangkat beliau sebagai PM. Najib dan Zahid juga gagal "membeli" Anwar untuk melepaskan kes-kes mahkamah mereka. Itu lah Anwar Ibrahim.

Percayalah, Pejuang akan ghuyub pada PRU15 nanti, InsyaAllah.

WFAUZDIN NS