KENYATAAN MEDIA CIKGU BARD

Kenyataan Media

16 Disember 2015

AZMIN ALI MEMALUKAN : DARI ISU ZAKAT KE DEIG, PEMBAZIRAN MELAMPAU DAN KORUPSI TERANCANG ?

1.       Sehingga kini YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menjelaskan isu agihan Zakat (jutaan RM) dari Selangor yang diagih ke seluruh negaran (Ramadhan lepas) bukan saja menggunakan jentera parti tetapi ia diagih secara terpilih melalui pemimpin parti penyokongnya sahaja. Langsung tiada makenisma bagi memantau ketirisan dan kelayakan agihan serta penerimanya. Ini jelas satu pengkhianatan kepada Institusi Baitulmal Selangor itu sendiri. (rujuk lampiran 1)

2.       Sehingga kini Azmin Ali telah memberikan reputasi yang buruk kepada PKR apabila berbolak balik dalam isu DEIG apabila konon mengatakan ia belum beroperasi tetapi sebaliknya amat memalukan apabila ADUN Umno Selangor berjaya buktikan penipuan tersebut apabila DEIG mendapat pinjaman bank dalam jumlah besar ketika tempoh yang Azmin sebut DEIG belum beroperasi. Mujur DEIG dibangkitkan oleh teman – teman ADUN dalam sidang DUN Selangor jika tidak skandal DEIG ini akan lebih parah dari 1MDB. (rujuk lampiran 2)

3.       Terbaru muncul pula isu dimana peruntukan sebesar RM9.7juta dibazirkan hanya untuk membaiki (cat/facelift) pintu gerbang.  Projek (cat/facelift) Gerbang Kota Darul Ehsan dengan nilai sedemikian amat tidak masuk akal dan membazir. Bila ditanya oleh media, Azmin hanya menjawab projek tersebut tidak boleh dipertikai kerana telah diluluskan melalui sidang dewan. Soalnya GST (contohnya) diluluskan dalam sidang dewan juga, adakah Azmin ingin mengatakan GST (oleh kerajaan pusat Bn) sesuatu yang wajar dan tidak boleh dipersoal kerana diluluskan melalui sidang dewan. RUU MKN yang baru diluluskan, adakah Azmin ingin menyatakan ia tidak wajar ditentang walaupun berpotensi melahirkan diktator hanya kerana diluluskan melalui dewan ?  (rujuk lampiran 3)

4.       Tindakan RM9.7juta hanya untuk (cat/facelift) pintu gerbang sesuatu yang sangat membazir. Bayangkan jika disalurkan melalui dana usahawan atau pendidikan, berapa ramai anak miskin mampu lahir sebagai usahawan atau mendapat pendidikan percuma. Bila saya bangkitkan perkara ini beberapa pemimpin PKR Selangor cuba menjelaskan kononya projek ini diluluskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, ini amat melucukan kerana mereka perlu sedar yang saya pertikaikan bukan Azmin selaku individu tetapi pembaziran tersebut. Ada pula yang lebih lucu cuba mengheret nama Sultan kononya projek itu bagi memenuhi kehendak Sultan. Tindakan ini memalukan parti dan memberikan modal buat musuh. Itu baru persoalan nilai projek belum diselongkar bagaimana proses tender dilakukan.

5.       Terbaru saya telah dibekalkan maklumat wujud, kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak bernilai tinggi telah diserahkan dengan cara meragukan (tanpa proses tender yang betul). Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diluluskan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik yang melalui kawasan hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.  Iaitu melibatkan talian penghantaran Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. Dilaporkan Jabatan Perhutanan Selangor telah meletakkan RM8 juta dan RM13 juta sebagai nilai bayaran bagi kayu balak yang dibersihkan bagi laluan 2 projek tersebut. Berdasarkan beberapa syarikat perkayuan menyatakan nilai kayu balak selalunya 4 kali dari nilai bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perhutanan. Maka jika ini dikira nilai kayu  2 kawasan projek ini tidak kurang dari RM45juta.

6.       RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat  tanpa proses tender ? Hari ini saya akan menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini. Tanpa tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil mengesahkan maklumat mengenai ‘arahan khas’ yang dia dapat untuk memberikan kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini. Sangat pelik antara syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang perniagaannya dalam bidang ‘Beuty and Spa’. Selain dari Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk mengaitkan kamu dalam perkara ini.

7.       Untuk ini kami menanti jawapan dan respon dalam masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Perhutanan Selangor dalam perkara ini.



che’GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat


--