RAJA GELAP JAWAB WALAUNTOLOL



 Walaun Ahmad Mushab reply lagi komen aku. Kali ni dia tanya, mana lebih adil dan mana lebih hampir dengan hudud antara mahkamah syariah dan sivil.


Jawapan aku, kedua-duanya sama. Sebab dua-duanya bukan hukum Allah. Dua-duanya hukuman takzir. Iaitu rekaan manusia. Itulah kenyataannya.


Hudud ni hukuman. Bukan kesalahan. Kalau nak cakap soal kesalahan, di negara bukan Islam pun ada yang kuatkuasakan peraturan yang sama.


Contohnya membunuh, merompak, merogol, menipu timbangan, ianya kesalahan di mana-mana negara dalam dunia ini. Jadi apa masalahnya?


Yang membezakan hudud dengan sivil adalah jenis hukuman. Dalam hudud, tidak ada hukuman penjara mahupun denda. Kalau ada penjara, automatik ia bukan hudud. Faham setakat ni?


Jadi nak kata yang mana lebih adil atau yang mana lebih dekat dengan Islam, tak ada. Kedua-duanya sama. Adil tak adil bergantung kepada kebijaknaan Hakim.


Mahkamah Syariah ni sifatnya residual. Maknanya ia akan ambil jenis-jenis kesalahan yang tidak diambil oleh mahkamah sivil. Manakala mahkamah sivil pula berbentuk universal.


Maknanya, mahkamah sivil tak boleh kenakan hukum berbeza terhadap orang Islam dan yang bukan Islam. Maka mana-mana jenayah dalam Islam yang bukan kesalahan bagi orang bukan Islam, akan diadili oleh mahkamah syariah.


Contohnya khalwat dan zina. Ia bukan kesalahan bagi orang bukan Islam. Jadi ia dimasukkan ke dalam enakmen kanun jenayah syariah negeri.


Begitu juga judi dan minum arak. Undang-undang persekutuan menetapkan judi dan minum arak di tempat yang berlesen bukanlah satu kesalahan.


Tapi ia tak begitu menurut Islam. Maka ada enakmen di peringkat negeri yang menetapkan orang Islam tak boleh berjudi dan minum di mana-mana pun.


Bercakap soal judi, arak, khalwat dan zina ni, kalau nak ikut Islam sebenar pun, undang-undang syariah kita tak tepat lagi. Masih tak seperti ajaran Islam.


Sebab tidak wujud kesalahan khalwat dalam Islam. Tapi berpandukan ayat Quran "jangan dekati zina", maka diwujudkan undang-undang anti khalwat.


Manakala zina pula, mesti mendatangkan 4 orang saksi yang adil dan saksi ini melihat perbuatan zina tu seperti mana 'benang memasuki jarum'.


Mana ada hukum bersendirian dalam keadaan yang meragukan. Kalau ikutkan, seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan berpelukan dan berbogel pun tak boleh dituduh zina selagi saksi tak nampak 'benang masuk jarum'.


Begitu juga dengan mabuk. Hukum minum arak tu memang haram. Tapi di zaman Nabi ﷺ, yang dihukum adalah mereka yang keluar rumah dalam keadaan mabuk.


Dan Islam mengharamkan kita mengintip. Ada kisah Umar al-Khattab ditegur kerana memanjat rumah yang disangkanya ada melakukan maksiat.


Tapi tengok cara operasi Jabatan Agama sekarang. Adakah itu mirip kepada Islam? Tidak. Tapi aku setuju sebab ianya demi mencegah kemungkaran. Cuma janganlah keterlaluan.


Point aku di sini, walaupun namanya Mahkamah Syariah, namun itu tak bererti ia berhukum dengan hukum Islam. Bezanya mahkamah syariah ini ialah ia dapat menghukum perbuatan yang salah menurut Islam tapi tidak termasuk dalam senarai jenayah undang-undang persekutuan. Itu saja.


Kita masih jauh dari hudud. Terlalu jauh. Bahkan jika RUU355 dipinda pun, masih tetap terlalu jauh dari hudud. Kita sekarang ini berhukum dengan hukuman ciptaan manusia.. Baik sivil mahupun syariah. Itu hakikat yang kita kena akui. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.