MENGAPA IKI PUTRA TIDAK DIDAKWA ATAS KESALAHAN LIWAT??
Di zaman Rasulullah saw, Maiz bin Malik telah dihukum rejam sampai mati atas pengakuannya sendiri, bukan keterangan mana mana saksi atau qarinah, bahkan wanita yang menjadi pasangannya tidak dihukum. Tidak ada riwayat yang mengatakan ada arahan dari Rasulullah saw supaya bawa sama pasangannya untuk dihukum.
Bahkan selepas Maiz direjam, Rasulullah berkata kepada Hazzal, lelaki yang mendorong Maiz supaya mengaku berzina dengan sabdanya;
والله يا هزال لو كنت سترته بثوبك كان خيرا مما صنعت به....
(Demi Allah wahai Hazzal, kalaulah kamu sembunyikan perbuatan Maiz itu dengan baju kamu, ianya lebih baik dari apa yang buat ini kepadanya...)
Dalam kes Iki Putra, beliau tidak pernah mengaku liwat, dia hanya mendakwa Mahkamah Syariah tidak ada kuasa untuk membicarakan kes liwat ke atasnya, lalu berlakulah apa yang berlaku.... Kes Iki Putra menjadi satu polemik perundangan yang dipolitikkan.
Iki Putra ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 28, Enakmen Jenayah Shariah 1995 Negeri Salangor. Bila Seksyen tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Syariah, maka tangkapan dan pendakwaan di bawah seksyen tersebut adalah terbatal.
Iki Putra tidak boleh didakwa di mahkamah sivil sebab beliau tidak ditangkap di bawah Seksyen 377 Kanun Kesiksaan Dan beliau sendiri tidak pernah mengaku telah melakukan liwat. Segala siasatan dan maklumat yang ada di pihak Penguatkuasa Syariah tidak memadai untuk beliau didakwa semula di mahkamah sivil kecuali Polis membuat tangkapan Dan siasatan semula ke atasnya, isunya adakah ada mana mana pihak yang telah membuat laporan polis???
Allah tidak pernah melantik orang awam sebagai pendesak agar setiap pendosa dikenakan hukuman sebagaimana tindakan Hazzal dalam kes Maiz. Jika Iki Putra tidak dihukum atas perbuatannya, masyarakat tidak menanggung apa apa beban, bahkan menasihatkan Iki Putra bertaubat dari dosanya adalah lebih baik di sisi Islam dari meratib agar Iki Putra dihukum.