MINYAK KITA DAN KUALITI

 





30 hari dari 19 March kita akan kehabisan minyak. Minyak tinggi kualiti kita, kita jual pada orang. 


Dengan data ni, aku rasa orang Malaysia ni masih underreact, bukan overreact. Masih ada yang gila duk beraya. Masih ada yang tak tahu apa sedang berlaku. Masih ada yang tak buat persiapan.


Perlu diingatkan, mungkin asa yang fikir "alah, minyak je habis, bukan makanan, kenapa nak panik duduk je la rumah, beli je la makanan, nak risau kenapa" jawabnya, tak semudah itu.


...


Minyak ni bukan bahan bakar je. Fikir minyak ni ialah input bagi semua lapisan asas sistem.  Ambil contoh ringkas, makanan.


Bila minyak kurang, harga minyak akan mahal. Minyak mahal, akan ada rantaian logistik yang tak mampu lagi bayar minyak, contohnya industri asas tani.


Selain jentera² berat industri pertanian yang memakan minyak, malah baja dan racun juga perlu diangkut dengan lori yang pakai minyak. Kalau baja tak sampai ke ladang². Tanaman akan terjejas. 


Bila tanaman terjejas, bukan takat tak boleh tanam sayur dan buah tapi turut juga tak boleh hasilkan makanan haiwan ternakan. Dedak² tu semua ialah tanaman terproses.


Ayam, lembu, kambing, ikan tak boleh makan. Zat kurang. Telur mula terputus, susu, daging, daging ayam, ya, semua akan terjejas. Mula² kenaikan harga akan terasa dulu, sebelum semua ni putus.


Supermarket akan mula kekurangan barangan. Barang kurang, harga pulak mahal. Negara² yang kurang kekuatan ekonomi akan mula polisi² untuk catu makanan. (Kita pernah catu telur zaman PN)


...


Kedua, tenaga elektrik. Janaan elektrik negara kita 40%+ datang dari arang batu. 30%+ datang dari gas asli. Arang batu tu nak angkut ke sana ke mari kena pakai minyak. Bukan magik dia datang.


Malaysia angkut arang batu melalui jalan laut. Kapal² kargo berlabuh di Pelabuhan Klang, Tanjung Bin, dan Lumut, Perak. (Kalau ada lagi tempat lain sila komen)


Jadi kalau minyak kurang, kos bahan api kapal² akan meningkat, insurans perkapalan meningkat, maka kuranglah kapal di laut.


Di darat, bagi loji kuasa yang dekat dgn pelabuhan, boleh guna tali sesawat (conveyer belt). Bagi loji kuasa yang jauh, akan guna lori atau keretapi. Jadi, arang batu pun masih guna minyak diesel.


Kalau terjejasnya rantaian logistik ni. Kita sedang bercakap tentang kekurangan 40% dari janaan tenaga sedia ada. Kalau kerajaan tak ada pelan kecemasan untuk serap kejutan bahan api ni, kita pun akan parah.



No comments: