Sampainya hati Tun M ambil kesempatan fitnah Anwar




OLEH NORMAN RADZUAN



Sampai hati Tun Mahathir ambil kesempatan fitnah. Dendam Tun tiada siapa berani melawan.

Saya terkejut membaca ulasan Mahathir di atas pemergian Allahyarham Tun Daim Zanuddin. Antara ulasan beliau ialah ‘Tanpa sebab! Kerana dendam…Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.’


Sampai hati di saat keluarga kesedihan, Mahathir ambil kesempatan mengulas kematian tersebut dengan politikkan provokasi negatif.

Saya tidak mahu komen orang yang sudah tiada tetapi penulisan itu sungguh tidak adil kepada Anwar Ibrahim sebagai ketua kerajaan hari ini.

Mahathir cuba menggambarkan Anwar sebagai pendendam kononnya di usia akhir Allahyarham Tun Daim diherdik.


Pernah anda mendengar Anwar mengherdik? Malah Anwar tidak campur tangan atas urusan SPRM yang seolah-olah terlepas dari penjara di era Kerajaan Madani ini.

Mari kita imbas kembali cerita kisah dendam yang cuba dimainkan oleh Mahathir untuk melahirkan persepsi buruk.

Mahathir ini dalam apa situasi sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi hawa nafsunya.

Anda masih ingat Anwar dipecat sebagai TPM dan diaibkan dgn fitnah kes liwat?


Tidak cukup dengan itu pada hari Anwar dipecat, rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri pula dipotong bekalan elektrik.

Anwar dengan bantuan sahabat-sahabatnya terpaksa berpindah dan kelihatan Anwar memandu sendiri kenderaannya berpindah ke rumah di Damansara.

Keesokan harinya jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pula digugurkan. Habis Mahathir canangkan di akhbar-akhbar mengaibkan timbalannya.

Polis atau SPRM belum lagi melakukan sebarang siasatan tetapi Mahathir telah mendahalui dengan pelbagai tuduhan.

Ketika Mahathir mahu Pak Lah meletakkan jawatan dia sanggup menyerang Pak Lah dengan bekerjasama dengan pemimpin UMNO.

Selepas itu Mahathir lakukan perkara serupa. Dia angkat Najib terus menjadi PM dan minta Najib lepaskan jawatan.

Anda bayangkan dendam Mahathir bila Najib tidak mahu mendengar arahannya. Dia sanggup bertemu musuh politiknya, Anwar yang dia penjarakan dahulu semata-mata mahu menjatuhkan Najib.

Dendamnya tidak berakhir di situ sebaik sahaja menjadi PM kali kedua rumah Najib diserbu pihak polis. Serbuan itu mendapat liputan meluas oleh pihak media untuk mengaibkan Najib.

Apa kata Mahathir ketika dia bersama PH untuk jatuhkan Najib, “Jika saya tidak menggunakan DAP, kita tidak akan mencapai majoriti dan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Antara DAP dan Najib, mana satu yang perlu kita jatuhkan?”


Dendam Mahathir kepada Anwar rupanya tidak berakhir. Mahathir hanya berpura pura untuk mencapai impiannya. Sekali lagi Mahathir mengkhianati Anwar.

Mahathir menggunakan Pas iaitu parti yang pernah dia sendiri berkata sebagai parti ajaran sesat. Mahathir mainkan api perkauman.

Dendam Anwar?

Anwar dikenali oleh sejuta ahli partinya sebagai pemaaf tahap dewa. Ahli parti marah Presiden mereka terima Mahathir tapi Anwar tetap maafkan.

Terbaru Anwar maafkan Najib secara peribadi beliau disindir oleh pembangkang.

Anwar bukan jenis pendendam sebab itu kes Mahiaddin, Azmin Ali, Hamzah, Wan Saiful, menantu MB Perlis, Annuar Musa masih di peringkat siasatan, sebutan, pemohanan semakan dan lain-lain.

Anwar berulang kali mengatakan dia tidak akn masuk campur urusuan kehakiman walaupun sejenggal.

Baginya jika bersalah biar undang-undang yang menentukan hukuman. Tindakannya ini sangat tidak disenangi penyokong-penyokong Kerajaan Madani kerana beranggapan kerajaan terlalu berlembut.

Kita putar sejarah dendam Mahathir kepada Anwar. Ketika Anwar dipukul setengah mati begitu mudah Mahathir kata Anwar yang memukul dirinya sendiri.

Tidak cukup dengan kenyataan Mahathir, tular kenyataan Edisi Siasat kononnya, “Tun Daim Zainuddin bukan meninggal sebab sakit tua tapi boleh kata dibunuh oleh Anwar Ibrahim sebab dendam kesumat !!

Derita Anwar dipenjarakan hanya mereka yang rapat dengannya tahu terutama ahli keluarganya Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selepas menjadi Perdana Menteri, Anwar memberitahu ketabahannya menghadapi dugaan sepanjang keluar masuk penjara selama hampir 10 tahun, akhirnya air matanya berguguran. Itulah yang pertama dan terakhir.

Anwar menangis ketika ibunya, Che Yan meninggal dunia. Tapi tiada satu pun keluar dari mulut Anwar mahupun ahli keluarganya cuba memainkan persepsi kononnya kematian ibu tercinta kerana dendam Mahathir.

Tidak cukup dengan itu ketika Anwar dipenjarakan ayah dan adiknya juga meninggal dunia. Derita dan kesedihan dirinya tiada siapa boleh rasakan. Tapi Anwar tidak pernah menuduh kematian itu kerana dendam Mahathir dan menerima ia sebagai ketentuan Allah.


Mahathir adalah ahli politik yang sangat licik dan bahaya kepada bangsa Melayu. Bila dia terdesak dia bangkitkan semangat Melayu, bila dia kuat dan berkuasa dia kata orang Melayu ini pemalas.

Tanyalah Tun Musa Hitam, beliau tidak percaya dengan Mahathir walaupun Tan Sri Lim Kit Siang yakin Mahathir sudah berubah.

Tanyalah Ku Li mereka ini antara mangsa-mangsa Mahathir kerjakan.

Realiti Mahathir seorang sangat pendendam. Ini diakui oleh mereka yang pernah bersama-sama dengannya. Oang politik kena bersikap realistik, jika tidak membaca pemikiran Mahathir ramai lagi akan dikerjakan dan menjadi mangsa seterusnya.

Move on orang Melayu dari terus dipermainkan oleh Mahathir. 7 bulan lagi Mahathir akn berusia 100 tahun dan sikapnya mahu politik tanah air dicaturkan oleh dirinya tentu ada udang di sebalik batu mengapa dia berbuat demikian.

Al Fatihah buat Allahyarham Tun Daim Zanuddin semoga rohnya dicucuri rahmat.