Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus
Alasannya, usul masih perlu dibawa ke Majlis Syura Ulama (MSU) dan akan dibahas dalam muktamar khas. Sedangkan dalam perlembagaan PAS, Fasal 7 (1) menyebut kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Sebaik sahaja usul diterima muktamar maka ianya perlu dilaksanakan. MSU tiada hak untuk campur tangan, apatah lagi membatalkan usul.
Begitu juga muktamar khas tidak perlu apabila muktamar tahunan telah menerima usul tersebut. Lainlah usul yang diterima tempoh hari itu berbunyi ‘mengkaji tahaluf siyasi’. Maka bolehlah dibawa ke MSU, AJK PAS Pusat dan akhirnya dibahas di muktamar khas.
Ulama terburu-buru
Ahli bawahan PAS kini mempersoalkan mengapakah Dewan Ulama yang dianggotai seluruhnya oleh para ustaz terburu-buru meluluskan usul.
Kemudian apabila usul dibawa ke Muktamar tahunan, pemimpin utama PAS tidak pula memberi peringatan agar usul itu dibahas terlebih dahulu dan diundi.
Jika difikirkan tidak perlu untuk memutuskan hubungan dengan DAP secara segera maka dalam perbahasan itu boleh dicadangkan memanggil satu muktamar khas. Usul ditolak tetapi diusulkan satu kajian lanjut.
DAP benar
Anehnya, Mursyidul Am Dr Haron Din yang amat pakar dalam organisasi tidak mencelah dan menyelamatkan keadaan. Presiden Hadi Awang yang berpengalaman puluhan tahun mentadbir parti dan amat maklum perlembagaan PAS tidak bersuara. Setiausaha Agung Mustafa Ali yang bergiat aktif dalam PAS sejak 1970an dan pernah menjawat timbalan menteri ketika PAS membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno juga buat-buat tidak tahu akan isu berkenaan.
Oleh itu, apabila pemimpin tertinggi DAP Lim Guan Eng bertindak meminta pemimpin PAS yang dilantik menganggotai kerajaan Pulau Pinang mengosongkan posisi, PAS tidak boleh membantah. Lim sedar sekiranya pemimpin PAS tidak mahu memutuskan hubungan, sekurang-kurangnya usul boleh disekat dan ditangguhkan.
Namun apabila usul diterima tanpa bahas maka amat jelas lagi nyata apa yang terkandung dalam kepala dan hati pemimpin utama PAS. Terutama pemangku Ketua Dewan Ulama Dr Mahfouz Mohamad, Presiden Hadi Awang, Mursyidul Am Dr Haron Din dan Setiausaha Agung Mustafa Ali. Keempat-empat mereka memang gembira dengan ‘perceraian’ PAS dan DAP.
Ulama U turn
Ironinya, apabila Dr Mahfouz menyelar Lim kerana gopoh meminta wakil PAS melepaskan jawatan kerajaan negeri, ahli bawahan mula meragui kematangan ulama berfirkir. Apakah ulama tidak sedar perkara yang mereka lakukan sehinggalah ‘nasi sudah menjadi bubur’?
Adakah Dewan Ulama dan pemangku ketuanya dipukau sewaktu usul dibentangkan oleh ustaz anti DAP, Mokhtar Senik? Adakah seluruh ahli Dewan Ulama yang meluluskan usul sebulat suara itu disihir oleh agen Umno yang menyamar sebagai ustaz pada 3 Jun sehingga mereka tanpa rela bersetuju memutuskan hubungan?
Ahli bawahan terkejut melihat tingkah laku ulama. Ulama adalah pewaris nabi yang amat mendalam fikirannya. Ulama menasihatkan pasangan berumah tangga yang mahu bercerai berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Apatah lagi bercerai talak tiga.
Namun apabila mereka ingin membuat keputusan berpisah dengan DAP mereka tidak pula memikirkannya masak-masak. Malah ustaz hebat dari Selangor Sallehen Mukhyi membuat lawak bahawa usul tersebut tidak dibahaskan bagi mengelak lebih banyak cemuhan dilontar terhadap DAP. Maka lebih baik ia diterima dan dibawa ke MSU. Masalahnya, sebaik sahaja diterima maka perceraian sudah sah. Untuk apa dibawa ke MSU?
Di sini timbul kembali pemikiran dalam kalangan rakyat meragui keupayaan ulama memerintah. Jika mereka keliru membaca perlembagaan parti, bagaimanakah mereka mahu memerintah sebuah negeri atau negara?
PAS tiada kemajuan
Mereka membuang golongan profesional ke dalam longkang tetapi dalam perkara yang amat penting mereka gagal meyakinkan rakyat bahawa mereka mempunyai kewibawaan. Situasi yang tidak menyenangkan ini akan menyebabkan pengundi kembali kepada mood 1980an.
Ketika itu PAS memang ditadbir oleh ustaz. Golongan profesional segan untuk bersama parti yang dianggap kolot dan menolak kemajuan dunia.
PAS masuk pilihan raya umum (PRU) 1982 dan 1986 dengan dipersenda pengundi. Juru kempen PAS yang terdiri daripada ustaz dan ustazah ketika merayu undi dari rumah ke rumah akan ditanya mampukah ustaz memerintah. Mampukah buat jalan raya, longkang, jambatan, bangunan sebab dalam PAS yang ada ketika itu adalah tukang baca doa, mandi mayat dan muazin sahaja.
PAS mendapat undi yang amat kecil dalam dua PRU tersebut. Sehinggalah Umno bergolak pada 1987 dan pecah dua. Kewujudan Semangat 46 menyedarkan golongan profesional bahawa Umno bukan parti politik yang baik mentadbir negara. Kebobrokan Umno ditelanjangi oleh pasukan Tengku Razaleigh Hamzah.
Maka berduyun-duyun profesional masuk PAS. Menambah bilangan segelintir yang awal seperti Ir Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Sanusi Daeng Mariok dan lain-lain. Kemasukan jurutera, doktor, peguam dan sebagainya ke dalam parti Islam menutup mulut pengundi untuk mempersoalkan kemampuan PAS membina insfrastruktur.
Lonjakan keyakinan itu tiba pada kemuncaknya selepas 1998. Ribuan profesional pro Anwar Ibrahim membanjiri PAS. Kali ini turut disertai golongan koporat yang berjaya dan para usahawan. PAS menuju ke arah parti arus perdana.
Kredibiliti diragui
Persoalannya sekarang, apakah yang akan berlaku kepada PAS selepas 2015? Dengan tekad membuang semua profesional daripada ranking utama parti maka keadaan mungkin berbalik ke era 1980an. Tambahan pula pada hari pertama golongan ulama mengambil alih tampuk parti, telah timbul kontroversi mereka tidak faham asas perlembagaan parti. Bercerai dikatakan belum bercerai.
Sekiranya tahap itu pemikiran ulama maka selepas ini rancaklah pengundi bertanya: Mampukah PAS membawa kemajuan, membina jalan, longkang, bangunan dan sebagainya.
Yang paling penting, sekiranya perlembagaan parti pun disalah tafsir, bolehkah PAS membela rakyat agar tidak ditipu oleh para kapitalis dalam perjanjian atau kontrak penting mewakili kerajaan negeri atau kerajaan pusat?
Soalan ini menyeramkan pengundi. Tidak mustahil pemimpin PAS kelak akan menandatangani perjanjian yang saling tidak tumpah dengan yang dibuat pemimpin Umno.
Cuma bezanya, pemimpin Umno bersekongkol dengan kapitalis menipu rakyat tetapi pemimpin PAS ditipu hidup-hidup oleh kapitalis. Maka lebih baiklah rakyat kekal bersama Umno BN!
Ulama tak faham, hubungan dengan DAP sudah putus
PAS di bawah kepimpinan baru – para ulama dan ustaz – terus menerus mengeluarkan kenyataan bahawa usul memutuskan hubungan antara parti itu dan DAP masih belum dimuktamadkan.Alasannya, usul masih perlu dibawa ke Majlis Syura Ulama (MSU) dan akan dibahas dalam muktamar khas. Sedangkan dalam perlembagaan PAS, Fasal 7 (1) menyebut kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Sebaik sahaja usul diterima muktamar maka ianya perlu dilaksanakan. MSU tiada hak untuk campur tangan, apatah lagi membatalkan usul.