Oleh Nam Ron
Alif Rakib bagi saya adalah seorang peninju muay thai yang bijak. Sukan muay thai bukanlah street fight (walaupun boleh saja muay thai digunakan untuk street fight).
Sukan muay thai mengenakan pendekatan kiraan point atau mata bagi setiap pukulan atau tendangan. TKO dan KO adalah kemenangan mutlak di mana kiraan mata tidak diperlukan.
Alif bijak mengumpul mata di dalam setiap pertandingan yang dimenanginya.
Contohnya pada pertandingan terbaru apabila dia menang ke atas Ramdan Ondash (dari Lubnan)di pertandingan ONE Championship (ONE Fight Night 38) dengan kiraan mata.
Ada juga kata kata ‘jahat’ memerlinya sebagai ‘Run Championship’ kerana dia berlawan dari jarak jauh dengan teknik ‘hit and run’.
Kelihatan jelas dalam perlawanan tersebut Alif menumbuk dan menendang dengan sekali sekala menggunakan siku dan lutut.
Setiap kali Alif mendapat mata dia akan menjauhkan diri dari Ondash (nampak seperti melarikan diri). Hingga membuatkan Ondash beremosi dengan sikap Alif.
Tiga kali juga lutut Alif hinggap ke muka Ondash. Teknik ‘flying knee’ atau ‘jumping knee’ ini berjaya menjatuhkan Ondash sebanyak 2 kali.
Kelebihan Alif adalah pada ketinggiannya dengan jangkauan tangan dan kaki yang lebih jauh berbanding Ondash. Dia tidak membenarkan Ondash datang dekat dengannya. Ini bijaknya Alif.
Berberapa kali juga Ondash berhenti berlawan seketika untuk mengekspresikan rasa tidak puas hatinya. Ada sekali di pusingan kedua Alif meluru dengan ‘flying knee’ tepat ke mukanya ketika Ondash berhenti menyerang.
Ondash tampak sangat bengang dan marah. Dari riak wajahnya kelihatan dia kecewa dengan kekalahannya dan tidak berpuas hati dengan cara Alif berlawan.
Kemenangan Alif telah membuatkan CEO ONE Championship, Chatri Sityodtong, telah mengatur perlawanan Alif dengan penyandang juara kelas strawweight Prajanchai yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini akan menjadi perlawanan pertamanya untuk merebut talipinggang emas dan jika menang dia akan menjadi juara dunia muay thai bagi kelas strawweight.
Tahniah diucapkan kepada Alif Rakip aka Alif Sor Dechapan.
Bagaimanapun saya lebih minat dengan cara Jojo Ghazali berlawan di kelas Flyweight (Alif dan Jojo bukan di kelas yang sama dan mereka tak akan bertemu adu).
Jojo bagi saya lebih menghiburkan.
Gaya Jojo jauh beza dengan Alif. Dia ada karakter. Jojo lebih agresif. Membuatkan sukan muay thai nampak lebih ganas. Jojo kelihatan lebih gemar untuk menyerang tanpa berundur.
Bila dia beraksi digelanggang saya dapat rasakan dia seperti kereta kebal (tank). Jojo terus maju dan tak pernah lari. Dia seperti serigala yang kelaparan. Sebab tu saya lebih minat menonton Johan beraksi.
Gambar diambil dari google
#onechampionship #Night38 #AlifRakib #JojoGhazali #Muaythai

No comments:
Post a Comment