SELAMAT ULANG TAHUN PENEBUK ATAP

 Kepada PN dan MN, selamat ulangtahun pertama mendapat kuasa

Kepada PN dan MN, selamat ulangtahun pertama mendapat kuasa

Melalui Sejarah.

Simpang siur berpolitik bukannya perjalanan untuk habuan mata, kaki dan perut tetapi adalah ibrah buat bangsa yang mahu belajar untuk memajukan masyarakat. Satu peristiwa akan ditafsir pelbagai dari sudut yang berbeza.

Pada setengah puak akan menganggap sebagai suatu ‘pengkhianatan’ dan sebelah kaum mentafsir sebagai suatu ‘anugerah Tuhan’ dan jangan lupa ada juga yang menyimpulkan sebagai ‘sama sahaja’.

Ibnu Khaldun dalam teorinya menjelaskan bahawa konsep ‘kesatuan’ atau ‘assabiyyah’ sebagai faktor sesuatu kaum, puak, kabilah atau parti berhadapan dengan seteru mereka dalam persaingan mendapat dari keperluan badaniah hinggalah keperluan intelektual insanul kamil.

Apabila Pas berada sebakul dengan haiwan politik (meminjam istilah dari Aristotle) lain, ia sangat menarik untuk difikirkan dan direnungi sedalam-dalamnya. Al Quran yang dibumikan samada menyuburkan atau menjadi pusara. Tidak perlu bermadah helah atau menikam sukma rindu.

Syurga Tuhan bukan kita yang menentukan tetapi atas kasih sayangNya jualah kita berserah. Berjuang untuk mendapatkan kuasa atau mandat rakyat kembali bagi kami dari puak PH-Amanah adalah tekad kami pada PRU akan datang. Kuasa adalah alat. Bukan matlamat. Parti bukan agama tapi wadah kita beragama.

Kepada PN dan MN, selamat ulangtahun pertama mendapat kuasa. (Soal kerajaan tebuk atap atau pintu belakang, biarlah ahli politik bersilat hujah). Kepada PH, jangan putus asa dan kecewa. Terus mara. Chalo!

Dr Muhaimin Sulam