PENULIS PH WAJIB BERPERANAN DENGAN SYARAT-SYARAT

 

NORMAN RADUAN


Bila pergerakkan pemimpin dikunci...

Kita mulakan sekarang,media sosial penentu kejayaan

PENULIS PH WAJIB BERPERANAN DENGNA SYARAT-SYARAT

Biarlah mereka ada J-KOM...jika semua rakan-rakan PH sanggup berkorban seperti PRU14 lalu tiada yg mustahil kita mampu menang perang siber sekali lagi. Kita mesti ingat seperti dikatakan Rizal Mansor, Rosmah Mansor dulu membayar RM 100k sebulan kpd Cybertroopernya tetap gagal menewaskan Cybertrooper PH yang tidak berbayar.

Parti-parti dalam PH samada PKR, Amanah dan DAP tidak berduit. Parti tak mampu membayar Cybertrooper. Percayalah penyokong, ahli, AMK PH tak kaya brother2 & sister-sister semua. Ada AMK pakai Proton Saga dan pakai Myvie saja. Malah mereka tinggal di rumah Flat dan rumah teres. Dtg ke Sabah menyewa homestay atau hotel RM 50 semalam utk berkempen.

Kita berjuang ikhlas atas kesedaran dan mahu perubahan demi kebaikan anak cucu kita... tapi ramai juga yg terkhayal dan pangkat, kuasa dan RM. Akhirnya mereka menjadi pengkhianat bukan kpd parti tapi sebenarnya rakyat.

Ramai penulis sukarelawan PH yg hebat dgn idea, penulisan mereka yg kreatif dan berinformasi. Ada juga yg lebih hebat dan berbakat setiap hari mereka membantu menyedarkan rakyat dgn melakukan live atau rakaman video. Bagus terpulang kpd bakat masing2... janji semua berperanan.

J-KOM pasti akn kalah sepertimana Cybertrooper Rosmah dulu tewas. Sb paling kuat mereka hanya mampu membayar 100-300 org ( tidak pasti kesahihan ). Tapi jika 3-4 juta penyokong PH Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban, Suluk, dan lain2 berperanan, percayalah mereka tidak mampu tewaskan kita. Berbeza penyokong dan ahli yg bekerja kerana duit dgn mereka yg bekerja ikhlas tanpa mengharap sebarang bantuan. Kita menang perang dan akhirnya PRU lalu kerana semangat kita.

PRU15 semakin menghampiri. Jadi kita mengharapkan setiap org mesti memainkan peranan dgn menulis. Cuma kita elakkan beberapa perkara...

JGN HINA FIZIKAL LAWAN

1. Jgnlah kita menulis menghina fizikal pemimpin2 atau juga penyokong, penulis/Cybertrooper mereka seperti mengatakan pendek, hitam, hodoh, gemuk dan sebagainya. Kebenaran dan kesedaran mesti dibawa dgn akhlak.

Tanpa akhlak kita bimbang pengundi atas pagar akn melihat PH ini perangai hodoh. Jadi kita tak menang apapun malah org melihat kita ini sebagai sombong dan menghina ciptaan Allah.

Kita kena fokus pada isu bukan pada tubuh badan seseorang itu. Fokus isu rakyat bukan isu yg lain2. Itu jauh lebih baik dari membuka aib org. Org akn lihat kita tidak matang berpolitik... too personal.

Masih kita ingat kisah sahabat Rasulullah... Abu Zhar. Abu Zhar pernah memanggil Bilal sebagai 'anak budak hitam' sehingga membuatkan Bilal berkecil hati. Rasulullah mendengarnya sgt marah. Apabila mengadap Rasulullah baginda bertanya hal tersebut. Baginda memberitahu Abu Zhar " Rupanya di dlm diri mu masih ada sifat Jahiliah."

Menangis Abu Zhar. Lalu Abu Zhar mencari Bilal dan memohon maaf sehingga sanggup meletakkan muka ditanah memohon agar Bilal memaafkannya. Dari peristiwa ini jelas jgnlah kita menghina fizikal musuh politik kita.

DOAKAN YG BAIK2 JIKA LAWAN POLITIK SAKIT

2. Jika lawan politik kita sakit... lakukan genjatan senjata. Ajak rakan2 mendoakan kesembuhan utknya. Ingatlah apa2 pun akhlak paling penting.

Ingat peristiwa wanita tua yg sering melempar sampah ketika Rasulullah berjalan ke masjid. Bila wanita itu tidak berbuat demikian Rasulullah bertanya di mana dia. Bila diketahui wanita itu sakit Rasulullah dtg menziarah dan mengubati wanita tersebut. Kerana akhlak baginda wanita itu memeluk agama Islam. Memujuk lawan bukan dgn maki hamun tetapi dgn akhlak.

Selain itu ingat peristiwa bagaimana akhlak Salahuddin Ayyubi yg membuat genjatan senjata bila mengetahui King Richard gering dlm perang salib. Malah beliau menghantar Tabib utk mengubati Raja yg dikenali sebagai Richard The Lion itu. Peristiwa kebaikkan akhlak Salahuddin Ayyub diceritakan sendiri King Richard kpd rakyat dan tenteranya.

ELAK MAKI HAMUN

3. Elak maki hamun. Cukup hanya sindiran sinis. Jalan terbaik jika penat berbalas hujah...unfriend atau block sahaja. Kalau maki pun tak memberikan apa-apa kemenangan kpd kita.

Tak tahan sgt penggunaan ayat dgn ejaan 'vavi' itu adalah lebih baikDescription: 😂. Pakai la setahun sekali dua jika dah geram sgt... jgn selalu. Menulis dgn fakta dan yg penting tidak terpedaya dengan provokasi. Seperti saya katakan di atas jika berpanjangan cepat-cepat block sahaja.

JGN TERLALU PERIBADI

4. Elakkan menulis yang terlalu peribadi jika ia bukan membabitkan kepentingan rakyat. Contoh jgn babitkan soal moral anak cucu pemimpin-pemimpin lawan. Kadang-kadang kita hentam anak cucu pemimpin yang sosial itu mengalahkan anak mereka yang bertanding atau terlibat politik. Di situ kita dilihat beremosi ketika menulis.

Namun jika anak mereka menggunakan dana rakyat dgn mendapatkan projek atas kepentingan peribadi keluarga... boleh la kita menulis. Tapi jika anak mereka ada tingkah laku yang tidak menyenangkan abaikan. Ini kerana anak-anak kita pun belum tentu sempurna. Pastikan kita menjaga aib org lain walaupun ia lawan politik kita. Sdgkan keaiban kita ini org nampak baik sb Allah tutupkan.

Ingat Rasulullah telah memberi tauladan kpd kita.

Ketika Ikrimah dan isterinya hampir tiba di kota Mekah, Rasulullah berkata kpd para sahabat, "Ikrimah bin Abu Jahal akn datang ke tengah-tengah kalian sebagai Mukmin dan Muhajir. Jgnlah kalian memaki ayahnya (Abu Jahal). Sebab memaki orang yang sudah meninggal berarti menyakiti org yg hidup. Padahal, makian itu tidak terdengar oleh orang yang sudah meninggal."

TEKAN BUTANG HIJAU

Senario sekarang kita dapat melihat bagaimana kerajaan mengunci pergerakan pemimpin2 kita dgn PKP dan darurat untuk melemahkan PH. Jadi media sosial lah satu-satunya sumber maklumat yg mampu kita gunakan. Jangan bimbang di era teknologi ia sangat efektif, hanya terpulang kpd kita sahaja mahu menggunakannya atau tidak.

Biar kita berbeza dgn PN dan BN. Kita bukan penulis2 kaki fitnah, kita bukan penulis yg beremosi tetapi kita adalah penulis yg menulis dgn fakta dan bertanggungjawab. Biar rakyat lihat penulis2 dan penyokong PH ini ada kelas tersendiri, berkualiti dan intelektual.

Pesanan ini buat diri saya juga yg kadang-kadang gagal mengawal emosi. Ya kita manusia biasa mudah beremosi. Apapun kita berharap rakan-rakan PH samada yang berjawatan atau tidak, anjgan berehat panjang untuk menulis... tak dapat hari-hari... seminggu 2/3 kali pun cukup asal menyumbang.


 EJAAN YANG RINGKAS BUKAN CIRI PENULISAN YANG BAIK.