PAS KENA BERTANDING SENDIRIAN.. MASA INILAH SEMUA OAKAR DALAM OAS BOLEH PERINTAH MALAYSIA.

 



PAS TAK PERLU BERLENGAH LAGI, INILAH MASANYA WAJAR  KELUAR PN DAN JAUHKAN DIRI DARIPADA BERSATU


14 Februari 2026


Beberapa kenalan bertanya, apa pilihan Hamzah Zainuddin setelah beliau dipecat oleh Bersatu?


Adakah beliau akan menyertai PAS, sekutu Bersatu dalam gabungan PN?


Mungkinkah pula beliau kembali menyertai UMNO, tambahan lagi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan terbuka untuk menerima kembalinya beliau?


Ataukah Hamzah akan menubuhkan sebuah parti politik baru untuk menampung kehadiran 18 Ahli Parlimen Bersatu yang berdiri teguh di belakangnya dan kemudian bekerjasama dengan PAS?


Sejujurnya saya tidak tidak tahu dan tidak boleh menjangka apa pilihan Hamzah, barangkali perkara itu akan dikias-kiaskan dalam perjumpaan bersama para penyokong pada jam 3.00 petang hari ini (Sabtu) di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.


Cuma, hanya beberapa jam setelah dipecat semalam, Hamzah telah pun berada di Marang, Terengganu untuk bertemu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang yang turut dihadiri beberapa pemimpin PAS yang lain.


Kehadiran Hamzah menemui Haji Hadi mungkin boleh dianggap perkara biasa, tetapi kesediaan Presiden PAS itu bersama beberapa pemimpin lain parti itu menerima secara terbuka kedatangan Hamzah yang baru saja dipecat daripada Bersatu tentunya boleh dianggap ada makna tersirat yang mahal di sebaliknya.


Sebab itu, ungkapan pertama yang dilapor diucapkan Hamzah sebaik dipecat ialah “Alhamdulillah.”


Kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah Hamzah selepas ini akan tetap bersama PAS dalam blok pembangkang.


Untuk Hamzah kembali kepada UMNO dalam keadaan parti itu masih bersama dalam kerajaan madani yang ada DAP di dalamnya, perkara itu barangkali jauh panggang daripada api.


Lainlah ceritanya jika UMNO tiba-tiba memutuskan hubungan dengan PH dan keluar daripada kerajaan.


Apa yang menjadi perhatian juga selepas ini ialah apakah pendirian PAS?


Adakah parti itu akan kekal dalam PN bersama dengan Bersatu yang semakin kecil kedudukannya di mana Ahli Parlimen yang pro Muhyiddin hanya tinggal 7 orang saja?


Atau PAS akan memilih bersama Hamzah yang memiliki sokongan Ahli Parlimen lebih besar iaitu 18 orang?


Tetapi, terlanjur Haji Hadi sudah begitu terbuka menerima kehadiran Hamzah di Rusila semalam, adalah lebih baik parti itu selepas ini memutuskan saja hubungannya dengan Bersatu dan mengundurkan diri daripada PN.


Dalam keadaan kemelut PN masih tidak selesai dan Muhyiddin semacam ingin mengetuai semula gabungan tersebut, walaupun telah meletak jawatan, inilah masanya untuk PAS berundur diri.


Serahkan saja semula PN kepada Muhyiddin dan biarkanlah beliau mengendalikan gabungan itu bersama Gerakan dan MIPP.


PAS yang memiliki 43 Ahli Parlimen dan disokong oleh 18 Ahli Parlimen pro Hamzah, setelah mengundur diri daripada PN, akan tetap menjadi blok pembangkang yang utama di Parlimen.


Apa pun bentuk kerjasama antara PAS dengan kumpulan Hamzah bagi menghadapi PRU akan datang, ia masih ada masa untuk dibincangkan dengan lebih teliti.


Yang penting untuk PAS ialah berundur daripada PN dan jauhkan diri daripada Bersatu yang makin kecil, kian bercelaru dan tambah kabur masa depannya. - ShahbudinHusin 14Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/pas-tak-perlu-berlengah-lagi-wajar-segera-keluar-pn-dan-jauhkan-diri-daripada-bersatu/



No comments: