PADU AKAN DIGUNA UKUR TARAF RAKYAT



 PADU ni apa cerita? 





Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasir, kerajaan bercadang mengumumkan penggunaan PADU yang lebih menyeluruh menjelang awal Mac.


Ini bermaksud ia bukan sekadar untuk agih bantuan bersasar, tetapi sebagai asas formulasi dasar. 


PADU bukan lagi alat “siapa layak dapat subsidi”, tetapi sistem untuk memahami realiti ekonomi rakyat secara hampir masa nyata.


Peralihan ini penting kerana masalah utama dasar awam Malaysia selama ini ialah data berselerak, bertindih dan lambat. 


PADU menghimpunkan data disahkan daripada pelbagai agensi, mengurangkan penduaan dan membolehkan kerajaan nampak gambaran sebenar iaitu siapa bekerja, siapa terkesan inflasi, siapa tercicir bantuan. 


Jika digunakan dengan betul, kerajaan boleh uji dasar secara lebih tepat: contohnya, sebelum naikkan kadar levi, ubah struktur cukai atau rombak subsidi, kesannya kepada kumpulan pendapatan boleh dianggarkan dahulu, bukan dibuat secara pukul rata.


Akan tetapi cabaran sebenar bukan pada teknologi, tetapi tadbir urus dan kepercayaan awam. 


Bila PADU berkembang melepasi subsidi, isu privasi, keselamatan data dan ketelusan penggunaan akan jadi tumpuan. Jika rakyat lihat data mereka hanya digunakan untuk “ketatkan” tanpa pulangan dasar yang adil, kepercayaan akan runtuh. 


Tapi jika PADU benar-benar dimanfaatkan untuk dasar lebih bijak, bersasar dan berasaskan realiti, ia boleh jadi lonjakan besar dari kerajaan yang bertindak reaktif, kepada kerajaan yang merancang berdasarkan data sebenar, bukan anggaran.




No comments: