BUKAN KUIL SAHAJA.. SEMUA TEMPAT IBADST. NAMPAK KUIL TU SEBAB MEMANG BANYAK. JANGAN LAK TERASA.

 


Ahmad Mursi



Saya dulu kaki demo juga. Tapi isunya berkenaan ketelusan pilihan raya, kos hidup, isu antarabangsa, reformasi negara dan lain-lain.


Alhamdulillah hasil demo BERSIH, kita dapat lihat sistem pilihan raya yang lebih adil dan telus sampai pembangkang boleh menang banyak kerusi hari ini.


Dulu, IC merah pun ada dalam daftar mengundi.


Saya tidak pernah turun demo untuk isu yang boleh melagakan hubungan antara kaum.


Jadi, tidak adil untuk samakan demo dulu dengan demo yang nak dibuat hari ini.


Malah sebelum ni, PMX minta polis jaga keselamatan pendemo ‘Turun Anwar’ dan ia berjalan lancar.


Kalau akhirnya berlaku rusuhan antara kaum, kerajaan Madani juga yang akan dipersalahkan.


Wajar polis sekat ‘himpunan aman’ jika ada risiko ia jadi ‘tidak aman’ antara kaum dan agama.


Polis hanya asingkan beberapa individu dan ajak minum di balai seperti gambar yang tersebar.


Zaman Mahathir dulu, kami tak dilayan begitu. Kami kena lanyak dengan belantan, gas pemedih mata, black maria dan lain-lain.


Nak kata isu kuil ini baru timbul, tidak juga. Isu ini sudah berpuluh tahun.


Contohnya di Kedah, ada sekitar 500 kuil dibina tidak ikut peraturan. 


Pada Januari 2021, Sanusi beri 8 lot tanah dan banyak lagi masih belum selesai.


Masa zaman Tebuk Atap tahun 2021, dalam sekitar 18 bulan sahaja, 20 kuil tidak berdaftar diberi tanah oleh kerajaan di Kuala Lumpur.


Begitulah juga masalah di negeri-negeri lain.


Maksudnya, isu ini perlu diselesaikan tanpa menimbulkan keresahan kaum.


Saya setuju dengan PMX — semua tempat ibadah yang tidak ikut peraturan perlu dilayan sama, sama ada masjid, kuil atau gereja.





No comments: