1. Awal minggu ini saya ada buat posting mengenai memilih calon dan memilih pemimpin. Peri pentingnya memilih pemimpin yang bijak pandai. Bijak di sini bukan hanya “book smart”, tetapi “street smart” pun perlu diambil kira. IQ dan EQ sama pentingnya.
2. Ia juga bukan hanya bergantung pada kelayakan. Tak semestinya yang ada sijil Havard dan Oxbridge automatic boleh memimpin. To be fair, yang pakai diploma dan sijil pun layak. NAMUN, tengok juga kalau dia ada “wisdom” yang sepatutnya untuk memimpin. Yang penting jangan dipangkah orang tipu sijil atau “shaky” kredibilti.
3. Selain orangnya bijak, dia juga kena baik budi dan besar hati. His heart must be at the right place, for us and for his country, bukan hanya bekerja untuk parti. Satu lagi yang paling penting kalau memimpin, and a plus point pada saya, ialah kalau dia punya sifat zuhud.
4. Kenapa zuhud ini perlu? Kerana dalam politik penuh cabaran dan dugaan. Orang macam2 yang akan kita jumpa. Macam2 juga diaorang offer. Banyaknya yang dioffer bersifat kebendaan. Bagi yang tak kuat pegangan akan ke laut, lari dari perjuangan. Lagi menakutkan, benda2 ni semua bukan datang kosong. Mereka pun perlu bantuan.
5. Makanya, jadilah konsep “political patronage”. You scratch my back, I scratch yours. Oleh itu, mana2 pemimpin yang ada sifat zuhud. Memang saya salute. Itu saja strategi, untuk dia menolak nafsu. Boleh dia fokus, tanpa gangguan pada kerjanya nan satu. Iaitu bangunkan negara, negeri atau kawasan setempat. Bukan untuk dia, tapi untuk Rakyat.
6. Ada rakan di FB tanya saya. Kalau dah memilih calon, perlukah kita pangkah ikut parti. Saya selalu tekankan, kalau anda pengundi biasa dan tiada cita2 politik, jangan sekali2 pangkah hanya ikut parti. Jadi non-partisan itu penting. Kita bagi undi bukan kerana kita penyokong taksub, tapi kerana kita pengadil yang adil.
7. Makanya, jawab saya pada dia, kalau saya mengundi, KUALITI MP/ ADUN itu punya pemberat paling banyak kalau memilih. 70% pada situ saja. Namun memilih parti, ada pemberatnya juga. Saya letak 30% di situ pula.
8. Jadi soalan seterusnya, naturally dia akan tanya, bagaimana memilih parti pula? Senang saja jawapannya. Pilih parti yang mempunyai paling banyak pemimpin yang bijaksana, baik budi dan besar hati. Paling utama juga, pemimpin2nya punya sifat zuhud yang bukan dibuat2. Itu saja “guiding principles” menjadi pemimpin dan parti yang kuat.
9. Bukan senang nak jumpa pemimpin atau parti lagu tu? Betul, itu sebab mencari calon pemimpin bukan boleh tangkap muat. Mereka penentu nasib rakyat. Makanya, don’t settle for mediocrity, we must insist on meritocracy. Kita kena push parti politik bagi pemimpin yang sehaknya mendapat tempat.
10. Tempat bukan calang2 tempat. Tempat dalam DUN dan Parlimen yang menggubal undang-undang negara dan membuat dasar yang ada implikasi pada hidup kita. Kalau nak jadi manager bank pun tapisannya punya lama, takkan la nak jadi Ahli Parlimen dan ADUN kita lantik yang tipu sijil pula.
11. Done with the time yang kita pilih parti atas dasar perjuangan. Ada parti pejuang bangsa dan pejuang agama. Namun kalau pemimpinnya takde sifat dan akhlak yang saya katakan sebagai pemimpin with merit, parti nya pun akan ke laut juga.
12. Dulu kita mengundi ikut parti, letak batang penyapu pun orang akan tutup mata dan undi. Lihat la apa yang terjadi. Bila mereka memerintah sama saja semuanya. Paku dulang, paku serpih.
13. Yang pejuang bangsa, gadai tanah rizab kita hingga hanya tinggal 12% untuk anak cucu. Yang pejuang agama, punya lah lalang, prinsipnya tak menentu. Yang berjuang untuk reformasi pun, kelilingnya pun tukang sapu. Yang kita tahu, mereka di atas banyak yang ternoda dek nafsu.
14. Makanya, back to basic. Jangan hanya terbuai dengan laungan perjuangan, pilih PEMIMPIN yang baik untuk anak cucu. Kalau dok sembang kencang pasal bangsa dan agama, tapi negara meranap sebab rasuah dan salah guna kuasa. Mana anak cucu kita nak berhijrah pula? Lihatkan saja pada Venuzuella, padahal punya rizab minyak tertinggi di dunia.
15. Yang paling penting, kita sebagai pengundi di bawah kena ingat, our loyalty is always to the country. Never to any party or personality. Jangan totok parti, jangan taksub pemimpin.
16. Yang baik kita sokong, yang salah kita bantah. Tak kira mana parti. Kalau itu kompas yang kita semua bawa sebagai Rakyat biasa, in sya allah, negara akan selamat jua.
17. Ingat, kitalah KING MAKER, bukan mereka2.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki