NORMAN RADZUAN
Tony Pua jangan celupar... guna saluran parti
SIAPA LAGI MAHU BERKAWAN DGN DAP?
Buat saudara Tony Pua,
Kita seusia dan kita sama2 remaja era 80an dahulu. Jika saudara
masih ingat ketika itu atau belajar sejarah, kami org2 Melayu memandang DAP
seperti komunis atau persepsi rakyat seluruh dunia kpd Taliban. Malah bila ada
org Melayu menyertai parti roket ini, mereka dianggap 'murtad' oleh org Melayu.
Pagi ini saya ingin menegur saudara Tony Pua yg beranggapan
kejayaan BN atau UMNO menjadi kerajaan semula dgn menyalahkan pembangkang.
Teguran itu tak salah tapi cara dia menegur secara terbuka hanya memudaratkan kebencian
org Melayu kpd DAP. Jadi izin saya menegur saudara Tony secara terbuka.
Hingga ada pimpinan parti2 komponen PH menyuarakan utk mencari
pengganti Anwar memimpin PH dgn alasan mencari pimpinan muda. Tapi yg peliknya
masih menyokong Mahathir dan masih mahu bekerjasama dgnnya utk PRU akn dtg.
Saudara Tony Pua,
Benar mungkin ada pentaksub Anwar dlm kalangan penyokong PH
tetapi lebih separuh daripadanya menyokong Anwar kerana kredibiliti yg ada pada
dirinya. Perbandingan Anwar dgn Najib, Pak Lah, Muhyiddin apatah lagi Ismail
Sabri bagai langit dgn bumi dari segi kualiti.
Bijak, berpengaruh di dlm & luar negara, amanah, aura
kepimpinan, berprinsip antara ciri kepimpinan yg membezakan Anwar dgn pimpinan
yg ada di pihak kerajaan dan pembangkang ketika ini. Anwar masih hidup, masih
sihat, masih waras dan masih tajam pemikirannya.... kita gunakan dirinya selagi
boleh. Bila Anwar sudah tiada barulah difikirkan siapa penggantinya.
Biden menjadi Presiden Amerika di usia 78, PM India Modi 70,
Presiden China Xi Jinping 68, Russian Putin 68, Mandela diangkat menjadi
Presiden ketika usia 80 , Muhyiddin 72 dan Mahathir 93. Jadi apa alasan menolak
Anwar kerana ingin mencari pimpinan muda???
PH tewas bukan sebab Anwar. PH tewas sb dikhianati Mahathir,
Muhyiddin, Azmin dan Zuraida. PH gagal menguruskan negara 22 bulan bukan sb
Anwar kerana yg menjadi PM ketika itu Mahathir. Tapi mengapa Tony dan beberapa
pemimpin Amanah tidak pernah menolak Mahathir malah masih ingin bekerjasama
dgnnya.
Pada PRU lalu hanya 27% Melayu menyokong PH. Tahukah saudara
Tony, dari 27% itu, 22% Melayu menyokong PH kerana Anwar dan selebihnya (5%)
kerana bencikan BN atau bekas ahli PAS yg menyertai Amanah. Melayu tidak pernah
secara gerombolan menyokong PH kerana tertarik dgn DAP mahupun Amanah.
Tahukah saudara Tony, Anwar sukar diterima oleh org Melayu
hingga ke peringkat atasan adalah kerana DAP. Tapi tidak pernah Anwar bersungut
dan menyalahkan DAP sebagai liabiti utk dirinya bergelar PM. Ini kerana Anwar
berprinsip dlm agenda perjuangan beliau. Saya yakin Anwar pasti akn
meninggalkan DAP jika parti itu kelihatan racist, korup dan salah guna kuasa.
Ada pimpinan DAP dan Amanah sendiri menyindir Anwar apabila
mereka tidak mahu bekerjasama dgn kleptokrasi yg ditujukan kpd UMNO atau
kluster mahkamah. Hari ini jelas Anwar tidak berkompromi dgn kluster mahkamah
utk menyokongnya. Yg peliknya DAP dan Amanah menyokong UMNO di Perak hingga
jatuhnya MB Peja tidak menjadi masalah?
KM Sarawak sendiri mengakui hanya Anwar tidak menghubungi utk
sokongan. Jelas Anwar tidak mengharap sokongan dgn menjanjikan apa2 keuntungan
politik kpd mana2 pihak. Anwar jika dia tidak teguh dgn prinsipnya sudah lama
dia menjadi PM. Dia tak peduli sindiran dia adalah PM tepi. Apa Anwar mahu
malukan asalkan dia teguh dgn prinsip.
Jadi buat Tony Pua dan rakan dari komponen PH sudah2 menyalahkan
Anwar. Sepatutnya pimpinan DAP perlu sedar sukar PH menguasai kerajaan kerana
bencinya org Melayu kpd DAP bukan kpd Anwar. Ukuran apa utk mencari pengganti
Anwar. Gagal...? Anwar belum diuji menjadi PM lagi. Persoalannya adakah tanpa
Anwar gerombolan org Melayu akn menyokong PH?????
DAP mula diterima oleh org Melayu apabila Anwar menyatukan DAP
bersama PKR serta PAS utk bersama sama melawan BN. Pun begitu hanya mampu
menarik segelintir sahaja org Melayu kerana ketakutan org Melayu kpd DAP dgn
persepsi sukar disucikan.
Memburukkan lagi keadaan sikap segelintir pimpinan DAP yg tidak
bijak menjaga sensitiviti org Melayu merupakan satu kebodohan dlm berpolitik.
Ingatlah saudara Tony Pua, jika PKR meninggalkan DAP, parti ini akn kembali ke
era 70 dan 80an. Parti ini kembali dianggap sebagai parti perkauman, parti
milik komunis dan agen PAP oleh org Melayu.
Persoalannya siapa lagi parti Melayu yg mahu berkawan dgn DAP?
Amanah tanpa Anwar ia ibarat parti Gerakan di dlm BN atau PN. Hari ini sudah
ada org Melayu memanggil anda sebagai 'Tony Puaka' ia tidak bagus utk
permuafakatan dlm PH.
Pesan saya buat saudara Tony, jika tidak berpuashati gunakan
saluran dalaman parti. Saya juga agak skeptikal utk kita menjatuhkan Muhyiddin
apabila mengenangkan kembalinya UMNO menjadi kerajaan. Tapi jgn bicara
ketidakpuasan hati sebagai salah seorang pimpinan PH dibuat secara terbuka.
Akhir kata buat saudara Tony dan juga pimpinan DAP yg
lain....belajarlah dari MCA. Kenapa MCA yg jelas parti kaum Cina tidak
ditakuti? Sdgkan parti itulah yg menolak Hudud bukan DAP. Sebab parti ini bijak
bermain politik dan tahu sensitiviti org Melayu. Kasihani penyokong PH
berbangsa Melayu yg sudah penat membela DAP kerana keceluparan segelintir
pimpinannya.
Next issue kenapa pilih Syafie dan bagaimana persiapan PH utk
PRU15. Perlukah PH bersama Warisan dan Mahathir lagi?