MANUSIA MACAM NI MUDAH JA TEKA TAHAP PENDIDIKAN DIA. MASA SEKOLAH DULU, DIA DOK KELAS COROT DAN BILA GAGAL AKIBAT MALAS MEMBACA DIA TAK KEMANA MANA PUN... LEKEH PEMIKIRAN DIA.



Najib Bakar


 Teringat kata-kata member aku seorang non-Muslim yang sangat fasih bercakap melayu, bersekolah kebangsaan, juga seorang usahawan yang berjaya.


"Jib, kalau kau nak tengok berapa bezanya critical thinking masyarakat di Indonesia berbanding Malaysia, kau masuk ke toko buku Indonesia, tengok buku top 10 diorang.


Then kau compare buku Bahasa Melayu di Kinokuniya, tengok top 10."


.


Aku tutup nama mamat yang komen ni, sebab aku takmau hampa pi attack dia.


Aku kesian kat cara pemikiran dia ni.


Cuma inilah kesan indoktrinasi kolot yang masih bersarang dalam pemikiran sesetengah manusia, yang dilitupi tempurung di Malaysia.


Menuntut ilmu adalah jihad, adalah ibadah, adalah fardu kifayah.


Ilmu sains, matematik, sains komputer, ilmu kejuruteraan, ilmu perusahaan, ilmu senibina, ilmu kedoktoran, apa sahaja ilmu, semuanya adalah ilmu Allah.


Nak jadi pemerintah apatah lagi, perlu ada ilmu pentadbiran, ilmu pengurusan, juga pelbagai ilmu lain.


Dan akhirnya, yang paling penting adalah mengaplikasi ilmu itu dengan pengetahuan agama.