Kem Mahathir mengaku yang kononnya 'Rahmah' tu bermula waktu Mahathir jadi PM kali kedua dulu. Macam-macam la. Bila benda dah berjaya, ramailah jenis muka tak malu yang nak claim kredit.
Tapi sebenarnya ia tak sama. Masa Mahathir dulu, Rahmah adalah sebuah gagasan, menjadi landasan kepada kerajaan waktu itu. Manakala kerajaan yang ada sekarang, gagasannya adalah Madani.
Rahmah ketika ini hanyalah sebuah insiatif. Sebuah program. Bukan lagi jadi gagasan. Nama Rahmah digunakan kerana ia membawa erti kasih sayang. Inisiatif yang menunjukkan rasa sayang kerajaan ini kepada rakyat Malaysia.
Dari situ saja dah cukup besar perbezaannya. Tapi kem Mahathir bukan faham semua ni. Otak mereka telah dikasikan, sama macam walaun, menjadikan mereka gagal menggunakan fungsi otak secara maksimum.
Lagipun, sewaktu gagasan Rahmatan Lil 'Alamin dilancarkan, yang memerintah itu adalah PH. Jadi tuan punya inisiatif itu adalah PH, bukan Mahathir. Kalau PH nak gunakan pun tak salah. Lainlah kalau Mahathir nak guna. Ia jadi salah kerana Mahathir kini tidak lagi bersama PH.
Itu pun kalau PH nak gunakannya. Tapi hakikatnya, kerajaan tak pakai pun gagasan itu. Sekarang ini istilah Madani lebih menambat hati dan lebih besar penerimaannya berbanding RLA dahulu. Bukan aku kata dulu tak bagus. Tapi sekarang lebih elok.
Yang paling utama, rakyat dapat faedahnya. Apa guna nama Rahmah, tapi rakyat disuruh ikat perut? PM pula tuduh Melayu pemalas dan gagal letakkan orang miskin pada prioriti yang paling tinggi?
Inilah hakikat politik usang. Apabila diri semakin tersingkir dari arena politik semasa, maka cara yang ada hanyalah dengan menempel pada segala tempat yang boleh ditempel.
Kenyataannya, ini takkan mampu untuk naikkan nama Mahathir. Malah hanya menambah rasa jelek rakyat terhadapnya. Para pentaksubnya perlu lebih kreatif, kalau betul nak selamatkan legasi Mahathir. Bukan dengan cara begini. Guane boh?
Raja Gelap
.